Translate

08 May 2021

Larangan Rentas Daerah, Negeri Di Seluruh Negara 10 Mei Sehingga 6 Jun

Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan



Larangan rentas daerah, negeri di seluruh negara 10 Mei sehingga 6 Jun


Astro Awani
8/5/2021

KUALA LUMPUR: Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara adalah tidak dibenarkan mulai 10 Mei sehingga 6 Jun 2021, umum Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, selain itu terdapat beberapa aktiviti lain yang tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut dalam usaha kerajaan mengawal penularan COVID-19 di seluruh negara.

"Ia merangkumi aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan, atau kesesakan awam.

"Selain itu, aktiviti rasmi, sosial dan bersemuka oleh kerajaan dan swasta, adalah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, ujarnya keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED