Kenyataan Akhbar KPK 26 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
26 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 4,665 kes (464,727 kes kumulatif, 87.1%);
- Kes baharu : 7,478 kes (533,367 kes kumulatif);
- Kes import : 5 kes (5 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,473 kes [6,913 warganegara (92.5%); 560 bukan warganegara (7.5%)];
- Kes aktif : 66,208 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :756 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 377 kes;
- Kes kematian : 63 kes (2,432 kes kumulatif, 0.46%; 57 warganegara, 6 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,082 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,489 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 593 kluster.
Sebanyak 63 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 24 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing lapan (8) kes di Johor dan Kedah, lima (5) kes di Perak, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pahang.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
SARANAN AMALAN KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI DAN KELUARGA BAGI MEMUTUSKAN JANGKITAN COVID-19
KKM ingin menyeru rakyat Malaysia untuk mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga sebagai langkah memutuskan rantaian penularan COVID-19. Ini mengambil kira situasi semasa yang semakin serius di mana COVID-19 menular di kebanyakan tempat, akibat daripada peningkatan kes-kes sporadik dalam komuniti. Secara tidak sedar, sesiapa sahaja boleh dijangkiti atau menjangkiti individu lain.
Hakikatnya virus tidak bergerak, yang bergerak adalah manusia dan yang berhimpun juga adalah manusia. Semakin banyak pergerakan masyarakat dan kontak dengan orang lain, semakin tinggi kebarangkalian untuk virus SARS-CoV-2 merebak dan menjangkiti. Lebih-lebih lagi jika masyarakat tidak memakai pelitup muka, saling bersentuhan, tidak menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter di antara satu sama lain, bersesak-sesak di tempat yang sempit, dan tiada pengudaraan yang baik. Tindakan-tindakan seperti inilah yang perlu dielakkan semua pihak agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mempraktikkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga serta kurangkan berada di luar rumah. Antara amalan-amalan atau langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;
- Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
- Sekiranya perlu keluar, hanya seorang wakil bagi setiap rumah untuk sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
- Bekerja dari rumah bagi mereka yang dibenarkan. Majikan juga diminta akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara mengenai polisi Bekerja Dari Rumah;
- Rancang pergerakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam;
- Penuhkan tangki minyak kenderaan supaya tidak perlu kerap mengisinya;
- Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti berisiko yang melibatkan orang ramai;
- Belilah barang keperluan secara atas talian atau secara pukal bagi kegunaan seisi rumah;
- Buat temujanji sebelum berjumpa dengan doktor;
- Masak makanan sendiri yang lebih berkhasiat;
- Kekal sihat dengan mengamalkan pelbagai aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;
- Amalkan prinsip tidak menerima tetamu di rumah untuk tempoh ini. Sebaliknya, optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga dan rakan;
- Beribadahlah di rumah bersama ahli keluarga atau isi rumah masing-masing;
Rutin di atas adalah sesuatu yang tidak asing bagi penduduk Malaysia. Kita pernah membuktikan bahawa Malaysia mampu mengawal pandemik COVID-19 dengan mencatatkan sifar kes harian pada gelombang kedua. Kita haruslah terus konsisten mematuhi SOP yang telah digariskan dan berusaha mengamalkan langkah-langkah Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga.
Kita mungkin belum menang, tetapi kita belum kalah. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
SAMBUTAN HARI WESAK 2021
KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia. Semoga kemeriahan sambutan masih dapat dikongsi bersama seisi keluarga di rumah meskipun perlu menyambutnya dalam suasana mencabar pada ketika ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Mei 2021 @ 6.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 26 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 2,455 (2) | 174,775 |
SABAH | 229 | 61,057 |
JOHOR | 587 | 55,682 |
WP KUALA LUMPUR | 760 | 55,471 |
SARAWAK | 640 (3) | 43,966 |
PULAU PINANG | 420 | 26,919 |
KELANTAN | 547 | 23,969 |
NEGERI SEMBILAN | 370 | 23,813 |
PERAK | 264 | 19,262 |
KEDAH | 542 | 16,570 |
MELAKA | 230 | 10,578 |
PAHANG | 171 | 8,411 |
TERENGGANU | 177 | 7,675 |
WP LABUAN | 49 | 2,994 |
WP PUTRAJAYA | 29 | 1,766 |
PERLIS | 8 | 459 |
JUMLAH KESELURUHAN | 7,478 (5) | 533.367 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 63 kes kematian pada 26 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
2370 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 78 | Hospital Sungai Buloh | – |
2371 | Selangor | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi |
2372 | Pahang | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung |
2373 | Selangor | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Serdang | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia |
2374 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 85 | Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Penyakit darah tinggi |
2375 | Selangor | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Serdang | – |
2376 | Selangor | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis dan dislipidemia |
2377 | Selangor | Perempuan (WN) | 42 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, Systemic Lupus Erythematosus, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik |
2378 | Sarawak | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Bintulu | Penyakit kencing manis, buah pinggang kronik, jantung, dan hati |
2379 | Kedah | Perempuan (WN) | 55 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia |
2380 | Johor | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit darah tinggi |
2381 | Perak | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Seri Manjung | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia |
2382 | Kedah | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit strok |
2383 | Selangor | Lelaki (WN) | 82 | Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia |
2384 | Perak | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Taiping | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia |
2385 | Kedah | Lelaki (WN) | 42 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | – |
2386 | Kedah | Perempuan (WN) | 50 | Hospital Kulim | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti |
2387 | Johor | Perempuan (WN) | 64 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, dan dislipidemia |
2388 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis dan hyperthyroid |
2389 | Perak | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Taiping | – |
2390 | Kedah | Perempuan (WN) | 82 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2391 | Johor | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia |
2392 | Selangor | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Selayang | Penyakit darah tinggi, jantung,hati, strok, dan dislipidemia |
2393 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2394 | Selangor | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Selayang | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, hati, dan paru-paru obstruktif kronik |
2395 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Penyakit kencing manis, hati, jantung, dan buah pinggang kronik |
2396 | Kedah | Perempuan (WN) | 34 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis |
2397 | Perak | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2398 | Kedah | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
2399 | Johor | Perempuan (WN) | 38 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | – |
2400 | Selangor | Perempuan (WN) | 51 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | – |
2401 | Selangor | Lelaki (WN) | 73 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok |
2402 | Selangor | Lelaki (WN) | 42 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Penyakit darah tinggi dan obesiti |
2403 | Perak | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Taiping | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
2404 | Kedah | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit darah tinggi, jantung, kanser buah pinggang, dan gastroduodenitis |
2405 | Selangor | Perempuan (WN) | 94 | Hospital Ampang | – |
2406 | Selangor | Lelaki (WN) | 85 | Hospital Kajang | Penyakit buah pinggang kronik |
2407 | Selangor | Perempuan (WN) | 77 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
2408 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2409 | Selangor | Perempuan (WN) | 55 | Hospital Selayang | Penyakit kencing manis, buah pinggang kronik, strok, dan darah tinggi |
2410 | Selangor | Perempuan (WN) | 30 | Hospital Kajang | Obesiti |
2411 | Selangor | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Selayang | Kanser neuroendocrine |
2412 | Selangor | Perempuan (WN) | 75 | Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit saraf |
2413 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit darah tinggi |
2414 | Johor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit darah tinggi dan jantung |
2415 | Johor | Lelaki (WN) | 49 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | – |
2416 | Johor | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, dan hyperparathyroid |
2417 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 20 | Hospital Sungai Buloh | – |
2418 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 82 | Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
2419 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
2420 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Kuala Lumpur | – |
2421 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
2422 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 58 | Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan dislipidemia |
2423 | Sarawak | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Miri | Penyakit jantung dan asma |
2424 | Melaka | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Melaka | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2425 | Melaka | Lelaki (WN) | 65 | Jenazah dibawa ke Hospital Melaka | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2426 | Melaka | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Melaka | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
2427 | Selangor | Perempuan (BWN) | 67 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit dislipidemia |
2428 | Selangor | Lelaki (BWN) | 56 | Hospital Ampang | Penyakit kencing manis dan jantung |
2429 | Selangor | Perempuan (BWN) | 25 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Obesiti dan Obstructive Sleep Apnea |
2430 | Sabah | Perempuan (BWN) | 35 | Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas | – |
2431 | Johor | Perempuan (BWN) | 58 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | – |
2432 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (BWN) | 62 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 3
Perincian 7,478 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 2,455 | 68 | 1,812 | 2 | 573 |
WP KUALA LUMPUR | 760 | 58 | 456 | – | 246 |
SARAWAK | 640 | 88 | 448 | 3 | 101 |
JOHOR | 587 | 116 | 333 | – | 138 |
KELANTAN | 547 | 85 | 306 | – | 156 |
KEDAH | 542 | 36 | 338 | – | 168 |
PULAU PINANG | 420 | 137 | 194 | – | 89 |
NEGERI SEMBILAN | 370 | 59 | 227 | – | 84 |
PERAK | 264 | 42 | 140 | – | 82 |
MELAKA | 230 | 80 | 115 | – | 35 |
SABAH | 229 | 60 | 105 | – | 64 |
TERENGGANU | 177 | 23 | 117 | – | 37 |
PAHANG | 171 | 96 | 58 | – | 17 |
WP LABUAN | 49 | 24 | 15 | – | 10 |
WP PUTRAJAYA | 29 | – | 24 | – | 5 |
PERLIS | 8 | – | 7 | – | 1 |
JUMLAH KESELURUHAN | 7,478 | 972 | 4,695 | 5 | 1,806 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 MEI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Kampung Tun Abdul Razak | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 9 | 155 |
2 | Jalan Bersatu | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 11 | 15 |
3 | Meranti Jaya 2 | Tempat Kerja | Selangor | Sepang dan Petaling | 23 | 52 |
4 | Jalan Sukma | Tempat Kerja | Sarawak | Kuching dan Samarahan | 10 | 78 |
5 | Jalan Bukit Satu | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 7 | 53 |
6 | Jalan Satu Ayer Hitam | Tempat Kerja | Johor | Batu Pahat dan Kluang | 13 | 153 |
7 | Jalan Tengar Industri | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 8 | 117 |
8 | Jalan Temenggung Dua | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 27 | 167 |
9 | Industri Zon Dagang Satu | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya, dan Timur Laut | 79 | 3,350 |
10 | Perusahaan Maju Sepuluh | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan | 25 | 46 |
11 | Jalan Cassia Selatan Lima | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan dan Timur Laut | 39 | 236 |
12 | Jalan IKA | Tempat Kerja | Perak | Larut, Matang dan Selama dan Kuala Kangsar | 37 | 90 |
13 | Industri Kampung Tersang | Tempat Kerja | Pahang | Raub | 15 | 124 |
14 | Kampung Semerah Padi | Komuniti | Sarawak | Kuching dan Asajaya | 21 | 103 |
15 | Bandar Lama Machang | Komuniti | Kelantan | Machang | 8 | 42 |
16 | Kampung Kenjong | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 13 | 33 |
17 | Sungai Pukul | Komuniti | Sabah | Tawau | 18 | 73 |
18 | Delima Raya | Komuniti | Pahang | Bentong | 36 | 49 |
19 | Kauran Durok | Komuniti | Sabah | Keningau | 12 | 31 |
20 | Lestari Mewah | Keagamaan | Selangor | Sepang dan Hulu Langat | 11 | 49 |
21 | Jalan Harmoni Utama | Keagamaan | Johor | Johor Bahru | 19 | 86 |
22 | Chat Lipis | Keagamaan | Pahang | Lipis | 21 | 170 |