Kenyataan Akhbar KPK 25 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
25 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 3,789 kes (460,062 kes kumulatif, 87.5%);
- Kes baharu : 7,289 kes (525,889 kes kumulatif);
- Kes import : 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,285 kes [6,813 warganegara (93.5%); 472 bukan warganegara (6.5%)];
- Kes aktif : 63,458 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :726 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 373 kes;
- Kes kematian : 60 kes (2,369 kes kumulatif, 0.45%; 59 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,060 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,483 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 577 kluster.
Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 10 kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Sarawak dan Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Melaka serta masing-masing satu (1) kes di Pahang dan Terengganu.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA
Hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas sampel COVID-19 dari 17 Mei 2021 sehingga 23 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan 13 lagi kes Variant of Concern (VOC):
- 12 kes baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351 telah dikesan di Kedah, Perlis, Selangor, dan Johor; dan
- Satu (1) kes baharu warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617 (sublineage B.1.617.2) telah dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti oleh varian South African B.1.351 adalah sebanyak 78 kes dan varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) adalah sebanyak enam (6) kes.
- Varian South African B.1.351
Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351
Kes COVID-19 | Saringan | Varian South African B.1.351 | |
Kluster Jalan Lima | 57 | 447 | 4 kes |
Kluster Kebun Baru | 1,116 | 1,585 | 9 kes |
Kluster Teknologi Emas | 279 | 346 | 3 kes |
Kluster Jalan Canning Estate | 251 | 693 | 10 kes |
Kluster Kampung Bunut Sarang Burung | 192 | 332 | 10 kes |
Kluster Kampung Domis | 442 | 899 | 7 kes |
Kluster Bangkahulu | 89 | 1,045 | 1 kes |
Kluster Bayan Cenderawasih | 212 | 854 | 6 kes (5 kes baharu) |
Saringan Kontak Rapat | – | – | 20 kes (1 kes baharu) |
Jangkitan COVID-19 selepas divaksinasi | – | – | 1 kes |
Saringan bergejala | – | – | 4 kes (3 kes baharu) |
Lain-lain saringan | – | – | 3 kes baharu |
Jumlah | 78 Kes ( 12 kes baharu) |
- Varian Indian B.1.617.2
Satu (1) kes melibatkan warganegara Malaysia telah dikesan positif COVID-19 dengan varian Indian B.1.617.2. Kes merupakan kontak rapat kepada warganegara India yang sama-sama menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 April 2021. Warganegara India tersebut telah dikesan positif COVID-19 sewaktu dalam tempoh kuarantin. Kes warga tempatan ini mempunyai gejala pada 3 Mei 2021 dan menjalani ujian RTK-Ag pada hari yang sama, seterusnya dikesan positif RT-PCR pada 4 Mei 2021.
Sebagai makluman, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula dari 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021 setelah mengambil kira status perkembangan pandemik COVID-19 di negara yang semakin membimbangkan dan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti. Seperti yang telah diketahui, varian baharu ini mempunyai kadar kebolehjangkitan COVID-19 dan kematian yang lebih tinggi.
Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, meningkatkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri di rumah atau “PKP Kendiri” dengan penuh tanggungjawab. Bagi tempoh dua (2) minggu ini duduklah di rumah jika tiada keperluan yang mendesak untuk keluar. Sekiranya perlu keluar, patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dan lindungi diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM. Kita memerlukan tempoh masa ini bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 Mei 2021 @ 6.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 25 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 2,642 (1) | 172,320 |
SABAH | 266 | 60,828 |
JOHOR | 664 | 55,095 |
WP KUALA LUMPUR | 604 (3) | 54,711 |
SARAWAK | 513 | 43,326 |
PULAU PINANG | 380 | 26,499 |
NEGERI SEMBILAN | 410 | 23,443 |
KELANTAN | 425 | 23,422 |
PERAK | 218 | 18,998 |
KEDAH | 336 | 16,028 |
MELAKA | 258 | 10,348 |
PAHANG | 211 | 8,240 |
TERENGGANU | 268 | 7,498 |
WP LABUAN | 63 | 2,945 |
WP PUTRAJAYA | 23 | 1,737 |
PERLIS | 8 | 451 |
JUMLAH KESELURUHAN | 7,289 (4) | 525,889 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 60 kes kematian pada 25 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang |
2310 | Sabah | Perempuan (WN) | 3 | Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas | Penyakit leukemia |
2311 | Sabah | Perempuan (WN) | 66 | Hospital Lahad Datu | Penyakit kencing manis dan tuberkulosis |
2312 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 86 | Hospital Rehabilitasi, Cheras | – |
2313 | Selangor | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2314 | Sarawak | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Miri | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
2315 | Selangor | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
2316 | Sarawak | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Sibu | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru obstruktif kronik |
2317 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 54 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
2318 | Selangor | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Rehabilitasi, Cheras | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
2319 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
2320 | Kedah | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
2321 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
2322 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 85 | Hospital Gleneagles, Pulau Pinang | Penyakit darah tinggi dan jantung |
2323 | Kedah | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Kuala Nerang | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia |
2324 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 90 | Hospital Rehabilitasi, Cheras | Penyakit darah tinggi |
2325 | Kelantan | Perempuan (WN) | 44 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Penyakit thalassemia |
2326 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
2327 | Kedah | Lelaki (WN) | 57 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang kronik |
2328 | Melaka | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Melaka | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan kanser hati |
2329 | Johor | Perempuan (WN) | 82 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia |
2330 | Johor | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit darah tinggi, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik |
2331 | Selangor | Lelaki (WN) | 54 | Hospital Serdang | Penyakit darah tinggi dan gout |
2332 | Selangor | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2333 | Johor | Lelaki (WN) | 86 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit jantung dan tuberkulosis |
2334 | Selangor | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
2335 | Selangor | Lelaki (WN) | 57 | Hospital Kajang | – |
2336 | Selangor | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2337 | Melaka | Perempuan (WN) | 88 | Hospital Melaka | Penyakit darah tinggi |
2338 | Selangor | Perempuan (WN) | 59 | Hospital Kajang | Penyakit kencing manis |
2339 | Johor | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2340 | Sarawak | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Umum Sarawak, Kuching | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung |
2341 | Perak | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Teluk Intan | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kanser |
2342 | Johor | Perempuan (WN) | 44 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | – |
2343 | Sarawak | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Umum Sarawak, Kuching | Penyakit darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik |
2344 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit darah tinggi dan Obstructive Sleep Apnoea |
2345 | Kelantan | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | – |
2346 | Perak | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, gout, dan dislipidemia |
2347 | Johor | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik,dan asma |
2348 | Selangor | Perempuan (WN) | 82 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit darah tinggi |
2349 | Johor | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Kota Tinggi | Penyakit darah tinggi |
2350 | Sarawak | Lelaki (WN) | 41 | Jenazah dibawa ke Hospital Miri | – |
2351 | Kelantan | Lelaki (WN) | 90 | Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai | – |
2352 | Kedah | Perempuan (WN) | 53 | Hospital Jitra | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok |
2353 | Sarawak | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Umum Sarawak, Kuching | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
2354 | Kedah | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
2355 | Pahang | Lelaki (WN) | 89 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Kanser |
2356 | Selangor | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Shah Alam | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
2357 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Ampang | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok |
2358 | Selangor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Shah Alam | Penyakit darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
2359 | Selangor | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Serdang | Penyakit jantung |
2360 | Sabah | Perempuan (WN) | 93 | Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | – |
2361 | Johor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit darah tinggi |
2362 | Johor | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit kencing manis, darah tinggi, Parkinson, dan strok |
2363 | Johor | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | – |
2364 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
2365 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 80 | Jenazah dibawa ke Hospital Balik Pulau | – |
2366 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 79 | Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
2367 | Kedah | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Kuala Nerang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
2368 | Terengganu | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Besut | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
2369 | Perak | Lelaki (BWN) | 87 | Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
LAMPIRAN 3
Perincian 7,289 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 2,642 | 108 | 2,010 | 1 | 523 |
JOHOR | 664 | 159 | 365 | – | 140 |
WP KUALA LUMPUR | 604 | 75 | 377 | 3 | 149 |
SARAWAK | 513 | 29 | 411 | – | 73 |
KELANTAN | 425 | 113 | 248 | – | 64 |
NEGERI SEMBILAN | 410 | 82 | 224 | – | 104 |
PULAU PINANG | 380 | 53 | 193 | – | 134 |
KEDAH | 336 | 44 | 150 | – | 142 |
TERENGGANU | 268 | 64 | 164 | – | 40 |
SABAH | 266 | 94 | 117 | – | 55 |
MELAKA | 258 | 83 | 126 | – | 49 |
PERAK | 218 | 30 | 126 | – | 62 |
PAHANG | 211 | 67 | 108 | – | 36 |
WP LABUAN | 63 | 42 | 14 | – | 7 |
WP PUTRAJAYA | 23 | – | 12 | – | 11 |
PERLIS | 8 | – | 6 | – | 2 |
JUMLAH KESELURUHAN | 7,289 | 1,043 | 4,651 | 4 | 1,591 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 MEI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Tapak Bina Persiaran Setia Dagang | Tempat Kerja | Selangor | Petaling | 7 | 198 |
2 | Jalan Enam Selatan 1A | Tempat Kerja | Selangor | Sepang, Petaling dan Kuala Langat | 18 | 65 |
3 | Jalan Cemerlang Elektrik | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 18 | 51 |
4 | Tasek Raja | Tempat Kerja | Kelantan | Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah | 34 | 592 |
5 | Jalan Segambut Lentang | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Kepong dan Titiwangsa | 24 | 163 |
6 | Perusahaan Maju Enam | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 9 | 100 |
7 | Dah Charok Bemban | Tempat Kerja | Kedah | Baling dan Sik | 34 | 210 |
8 | Kalabakan Selatan | Tempat Kerja | Sabah | Kalabakan | 22 | 77 |
9 | Industri Kledang Satu | Tempat Kerja | Perak | Kinta | 21 | 81 |
10 | Sungai Isap Perdana | Tempat Kerja | Pahang dan Selangor | Kuantan dan Hulu Langat | 60 | 556 |
11 | Jalan Tahir Manan | Komuniti | Selangor | Kuala Selangor | 24 | 28 |
12 | Jalan Dato Permaisuri | Komuniti | Sarawak | Miri | 31 | 176 |
13 | Jalan Selendang | Komuniti | Johor | Kulai | 12 | 68 |
14 | Jalan Sekuntum | Komuniti | Johor | Johor Bahru | 17 | 51 |
15 | Desa Pinggiran Putra | Keagamaan | Selangor | Sepang | 18 | 59 |