Translate

11 March 2021

Video Viral - Lelaki separuh bogel masuk kedai


 



'Lelaki separuh bogel cuba terkam kami'

Kelab Info Malaysia
11/3/2021

Kota Bharu: "Kami tak sangka lelaki berkenaan boleh masuk ke kedai dengan melakukan perbuatan tidak senonoh selain bertindak cuba 'menerkam' kami dan nasib baik sempat melarikan diri," kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Ana, 32.

Ana adalah seorang daripada tiga wanita yang bekerja di sebuah kedai telefon di bandar ini berhadapan detik cemas selepas diserang seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang hanya memakai baju-T tanpa seluar dalam kejadian pada 2.30 petang semalam.

Menurutnya, mereka mengenali lelaki berkenaan yang pernah bekerja di kedai berdekatan dan tidak menyangka dia boleh bertindak sedemikian, walaupun pada awalnya sudah melihat lelaki berulang-alik tanpa memakai seluar di hadapan kedainya.

"Sebenarnya, kami sudah biasa dengan pelbagai ragam orang kurang siuman di kawasan ini, tidak kurang juga yang masuk ke kedai, namun mereka akan keluar jika diminta tanpa mengamuk atau melakukan sebarang tindakan membahayakan.

"Kali ini, apa yang terjadi benar-benar membuat saya dan dua lagi rakan kerja berusia 23 dan 25 tahun, berasa trauma kerana suspek datang dengan tangan di bahagian sulitnya selain bertindak menerkam kami.

"Tanpa berfikir panjang, saya dan tiga rakan memanjat cermin kaca untuk menyelamatkan diri, malah saya sendiri jatuh tersungkur namun tidak mengendahkannya kerana berasa takut," katanya ketika ditemui hari ini.

Kejadian berkenaan tular sejak semalam di media sosial selepas video berdurasi satu minit 16 saat yang menunjukkan seorang lelaki berbaju jingga tanpa memakai seluar sehingga menampakkan alat sulit cuba menyerang tiga wanita.

Ana berkata, atas nasihat majikannya juga, mereka bertiga membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu hari ini selain mengakui masih lagi trauma dan berasa takut dengan kejadian semalam.

"Kebetulan, sewaktu kejadian orang tak ramai, jadi kami tiada pilihan hanya mampu melarikan diri meminta pertolongan.

"Ada beberapa lelaki cuba menghalang lelaki

Source: Kelab Info Malaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED