Sampai polis terpaksa paut pada kenderaan
Harian Metro
10/3/2021
Seorang anggota polis terpaksa 'memanjat' bahagian hadapan kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kenderaan itu dalam kejadian di tempat letak kereta restoran makanan segera di Bandar Baru Bangi,pada 9 Mac.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata,siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bandar Baru Bangi melakukan rondaan di kawasan berkenaan 10.30 malam.
Katanya, anggota polis menghampiri kenderaan berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh serta mengetuk cermin kenderaan yang dinaiki seorang lelaki serta seorang wanita.
Mohd Zaid berkata, sebaik pasangan itu menyedari kehadiran anggota polis yang mengarahkan mereka keluar, lelaki yang memandu kenderaan berkenaan cuba melarikan diri dan melanggar motosikal serta anggota yang berada di hadapan MPV terbabit.
Source: Harian Metro YouTube