Translate

29 March 2021

Sajat: Masa Bila Kita Jadi Pelarian? Buat Apa Nak Jadi Pelarian...?'

SAJAT TAK MENYOROK!?
Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian...?' - Sajat


Astro Awani
29/3/2021

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan dia bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.

Menurut video berdurasi 2.21 minit yang dimuat naik menerusi media sosial peribadinya, Nur Sajat menafikan dia ‘melarikan’ diri daripada pihak berkuasa.

“Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian?

“Masa bila saya menyorok? Ada ke awak nampak saya menyorok?” soalnya menerusi video berkenaan.

Nur Sajat mendakwa dia mendiamkan diri disebabkan keadaannya yang tidak sihat.

“Saya bukan menyorok, tapi hanya mendiamkan diri dari Instagram,” ujarnya.

Bagaimanapun, sepanjang menjawab soalan netizen, Nur Sajat tidak mendedahkan wajahnya dalam video tersebut.

Nur Sajat sebelum ini dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'LELAKI TAMPIL JELAS CERITA SEBENAR KEJADIAN NAVARA' 29 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Treler Bawa Gas Rempuh Penghadang Jambatan | BEST ' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'TAKTIK LICIK SEKELUARGA MENCURI DI PASAR MALAM | B' 5 mins ago
A visitor from Brussels viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan s' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinh' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Zelensky offers to meet Putin after Trump demands ' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 35 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BGT S18 We can't get enough of Jasmine Rice's GOLD' 1 hr 42 mins ago