Translate

26 March 2021

Dua Lori Terbakar selepas kemalangan, Seorang Pemandu Rentung




Dua lori terbakar, seorang pemandu rentung

Kelab Info Malaysia
26/3/2021

Melaka: Seorang pemandu lori rentung selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan dengan lori tangki muatan cecair nitrogen di Kilometer 221 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Soon Wee Kiang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, tiga jentera bomba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, BBP Ayer Keroh dan BBP Rembau dikejarkan ke lokasi.

Katanya, kemalangan berlaku dari Arah Pedas Linggi menghala ke Melaka dan terdapat dua kenderaan yang terbabit, selain dilaporkan terdapat dua mangsa.

"Kemalangan itu membabitkan lori tangki muatan cecair nitrogen serta sebuah lori muatan 10 tan dan kedua-kedua kenderaan itu musnah terbakar kira-kira 90 peratus.

"Pemandu lori tangki dilaporkan selamat, manakala seorang lagi pemandu dilaporkan rentung," katanya.

Menurut beliau, api berjaya dipadam sepenuhnya dan kerja mengeluarkan mangsa rentung sedang dilakukan.

Source: Kelab Info Malaysia / Harian Metro


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED