Translate

26 February 2021

326 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 320 dikompaun



PKPD di dua kawasan di Sabah dan satu kawasan di Sarawak

Astro Awani
26/2/2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong di Nabawan, Sabah serta Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak bermula 27 Februari hingga 12 Mac nanti.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti tersebut dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan peningkatan mendadak kes baharu positif COVID-19.

Selain itu, Ismail Sabri menjelaskan KKM mengesahkan bahawa peningkatan mendadak kes baharu positif dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.


"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti," katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan PKP pada Jumaat.

Dalam kenyataan itu juga Ismail Sabri memaklumkan seramai 326 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 320 dikompaun manakala enam (6) lagi direman.

Operasi Benteng pada Khamis telah menangkap 36 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan merampas empat buah bot/kapal serta lima buah kenderaan darat.

"Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 122 buah bot/kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan," katanya lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bacau viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 13 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 44 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 45 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 4 hrs 50 mins ago