Translate

27 February 2021

Vaksin Sinovac-China berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin Pfizer-BioNTech




Vaksin Sinovac sama berkesan
Bernama
Februari 27, 2021 20:57 MYT

Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech. - Gambar fail/REUTERS

KUALA LUMPUR: Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan berkata ujian klinikal yang dijalankan di Brazil dan Turki mendapati tahap keberkesanan vaksin Sinovac masing-masing negara adalah 50.4 peratus dan 91.2 peratus.

Beliau berkata ada kalangan dalam masyarakat yang salah faham apabila menganggap bahawa 50.4 peratus sukarelawan di Brazil yang mengambil vaksin itu sihat manakala lagi 49.6 peratus yang mengambil vaksin mendapat kesan sampingan yang memudaratkan.


"Tetapi (sebenarnya) tahap keberkesanan yang dimaksudkan pada penerima yang 50.4 peratus itu (ialah mereka) telah berjaya membina imuniti terhadap COVID-19 dan 100 peratus daripada mereka tidak langsung mendapat jangkitan atau memerlukan rawatan rapi dan tiada yang meninggal dunia," katanya dalam progam khas terbitan Bernama TV yang disiarkan di Facebook bertajuk "Malaysia Terima Vaksin COVID-19" hari ini.
Menurutnya peratusan itu adalah tahap keberkesanan untuk membina imuniti dan bukannya baki daripada peratusan itu yang mendapat kesan sampingan daripada vaksin.
BACA: 300,000 dos vaksin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
BACA: Vaksin Sinovac selamat dan halal - Duta China
Malar Santhi seterusnya menegaskan tidak ada langsung data menyokong pendapat yang menyatakan bahawa Orang Kurang Upaya (OKU) berisiko tinggi mendapat kesan sampingan daripada mana-mana jenis vaksin COVID-19.
Sementara itu Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata ketibaan vaksin COVID-19 juga boleh menjana ekonomi negara apabila lebih ramai sudah boleh bekerja dengan selamat.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 21 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 40 mins ago