Translate

25 February 2021

Jurukimpal Besi Didakwa Rogol Remaja Sampai Lahir Anak

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak

Astro Awani
25/2/2021

KOTA BHARU: Seorang jurukimpal besi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas dakwaan merogol seorang remaja bawah umur berusia 14 tahun 10 bulan Mei tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh Muhammad Azariman Anuar, 23, telah merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berumur 14 tahun 10 bulan pukul 6 petang di dalam sebuah kereta di Kampung Pangkal Pisang, daerah Kota Bharu sekitar bulan Mei tahun lalu.

Untuk kesalahan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang mana boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan daripada mahkamah kerana ia merupakan kesalahan pertama dirinya.

Bagaimanpun, mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan tarikh 5 April ini sebagai sebutan semula kes untuk laporan kimia dan perubatan.

Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 1 min ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 48 mins ago