Translate

28 February 2021

Jumlah Kes COVID-19 di Malaysia melepasi angka 300,000, selepas 2,437 kes baharu dilaporkan hari ini

Kes COVID-19 cecah 300,000 di Malaysia, 2,437 kes baharu dilaporkan

Astro Awani
28/2/2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 2,437 kes baharu COVID-19 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Ahad.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 300,752 kes di negara ini sekali gus melepasi angka 300,000 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 3,251 kes sembuh direkodkan dengan jumlah kumulatif kes telah sembuh sebanyak 273,417 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif kebolehjangkitan pula jelasnya sebanyak 26,205 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 202 kes kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 93 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM turut mengesahkan sembilan kematian dicatatkan pada Ahad menjadikan jumlah kematian sebanyak 1,130 kes.

Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kes berbanding sebelum ini sebanyak 914 kes, diikuti Johor 340 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 337 kes.

Turut mencatatkan peningkatan kes ialah negeri Perak sebanyak 287 kes, Sarawak 171 kes, Sabah 134 kes dan Pulau Pinang 105 kes.

Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Melaka pula mencatatkan kurang daripada 70 kes.

Wilayah Persekutuan Labuan bagaimanapun mencatatkan dua kes selepas sifar kes dilaporkan semalam.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:








 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 3 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Lecco viewed 'Motorcycling-Moto3 Rider Dupasquier Dies After Cra' 14 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 21 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 35 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 36 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 39 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 42 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 54 mins ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 1 hr 1 min ago