Translate

27 February 2021

ADUN Amanah Di Johor Sertai PKR

         
Adun Amanah di Johor sertai PKR

Astro Awani
27/2/2021

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat dari Parti Amanah Negara (Amanah) disahkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang,Khairuddin A. Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

Khairuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu dan menjelaskan beliau kini menyertai PKR Cabang Batu Pahat.

"Saya telah memohon untuk menyertai Keadilan pada bulan September 2020 dan alhamdulillah telah diterima. No keanggotaan saya ialah J1100004520.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR dan semua pimpinan serta ahli Keadilan khusus kepada pimpinan Negeri Johor dan pimpinan Cabang Batu Pahat yang telah menerima keanggotaan saya.

"Insyaallah saya berjanji akan mematuhi segala arahan parti serta pimpinan dari masa ke semasa," katanya.

Sebelum ini dua wakil rakyat Amanah di Selangor iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman juga telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.

Malaysiakini melaporkan dua lagi wakil rakyat Amanah di Johor, Adun Serom Faizul Amri Adnan dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit juga bakal mengikut jejak Khairuddin meninggalkan Amanah dan menyertai PKR.

Amanah dan PKR merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 48 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dua individu ditahan terlibat sindiket menyamar ej' 5 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 13 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 13 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 16 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 26 mins ago