Harian Metro
3/1/21
Polis sedang mengesan tiga perancang utama penipuan Macau Scam menerusi pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pengendali syarikat Teow Wooi Huat (Teddy Teow), 55, berperanan sebagai pembeli yang berurusan dengan syarikat pemaju manakala dua anaknya Teow Ee Meng, 30, dan Teow Chee Chow, 32, pula adalah dua 'proksi' yang juga pengarah syarikat bagi Tuah Semenanjung Sdn Bhd dan MBI Properties Sdn Bhd.
Susulan laporan siasatan awal yang diterima pada Ogos tahun lalu di Pekan Nanas, Pontian, dan Nusa Bestari, Iskandar Puteri, membawa kepada pembongkaran kegiatan sindiket itu, seterusnya tangkapan 12 individu tempatan yang juga pengarah syarikat berusia antara 29 hingga 68 tahun, pada 3 hingga 21 Disember lalu.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Johor menubuhkan satu pasukan khas menerusi Ops Pelican 2.0 bagi menjalankan siasatan secara intensif untuk mengesan aliran wang mangsa kepada sindiket penipuan Macau Scam.
Source: Harian Metro YouTube