Translate

20 January 2021

Video: Pelajar Tingkatan Empat Didakwa Rogol Kanak Kanak 12 Tahun


 


Harian Metro
20/1/21

Seorang pelajar tingkatan empat didakwa di Mahkamah Majistret , atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah bilik di pusat tahfiz yang sudah tidak beroperasi, Jun tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan yang berusia 15 tahun ketika kejadian didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun empat bulan di sebuah bilik di pusat tahfiz yang sudah tidak beroperasi di Pasir Tumbuh jam 3.30 pagi pada 12 Jun tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED