Translate

07 January 2021

Video: Operator Kilang, Rakan Wanita Didakwa Cuba Bunuh Anggota Polis


 


Harian Metro
7/1/21

Operator kilang lelaki dan rakan wanitanya didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, pada Khamis atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis bagi mengelak mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Song Bang Kheng, pada 31 Disember lalu.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Mohd Ansari, 30, dan rakannya, Nurul Fatin Azira Saiful Hadi, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Syafiq dan Nurul Fatin didakwa mencapai niat bersama cuba membunuh seorang anggota polis, Sarjan Mejar Abdul Wahab Noor di Jalan Song Bang Kheng dalam daerah Seberang Perai Tengah, jam 11.40 malam pada 31 Disember lalu.

Mereka berdua didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman di bawah kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED