Translate

25 January 2021

Video: Kantoi Edar Syabu, Heroin Dalam Lori Sejuk Beku


 


Kantoi edar syabu, heroin dalam lori sejuk beku

Harian Metro
25 Januari 2021

Taktik dua lelaki menggunakan surat kebenaran rentas negeri untuk menghantar bekalan ayam sejuk beku gagal apabila ditahan kerana disyaki mengedar syabu dan heroin bernilai RM152,792 di Genting Highlands, Bentong pada 20 Januari lalu.

Dua suspek berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Bentong ketika Ops Tapis di Pondok Pengawal Polis Bantuan Genting Highlands pada 8.35 pagi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, berdasarkan laporan, lori membawa bekalan ayam sejuk beku itu ditahan ketika pemeriksaan walaupun mempunyai surat majikan.

Katanya, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya merampas dadah jenis syabu seberat 2,095.63 gram (g) dan 4,592.26g heroin yang disimpan di bahagian belakang lori terbabit.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED