Translate

07 January 2021

Video: Jual kereta 'Piang' Harga RM250, 1 Lagi Suspek Diburu


 


MKL Crimedesk
6/1/21

Curi kenderaan sebelum leraikan di bengkel haram yang dibina di kawasan lot parkir flat.

Itu modus operandi 3 lelaki terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan sebelum meraikan bahagian enjin untuk dijual semula.

Ketua polis gombak, acp arifai tarawe berkata kegiatan itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki mengenai kehilangan kereta honda civicnya pada 15 disember lepas.

Hasil siasatan polis, berjaya mengesan seorang lelaki yang mencurigakan memandu sebuah perodua kancil di pekan rawang pada 2 januari lepas.

Bertindak atas maklumat polis melakukan serbuan ke bengkel haram yang dibina di kawasar parkir sebuah  flat di rawang perdana pada petang ahad lepas.

Ketika serbuan, seorang lagi suspek didapati sedang meleraikan komponen dan bahagian enjin hondo civic milik pengadu.


Pemeriksana mendapati terdapat 3 lagi buah kereta yang dilaporkan hilang di rawang, bukit sentosa dan jinjang.

Polis juga menemui dua keretayang no chasisnya telah diganggu.

Semalam pula suspek ketiga ditahan di kawasan sama.

Kesemua mereka yang berusia 25 hingga 38 tahun direman bagi membantu siasatan .

Suspek juga didapati mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Source: MKL Crimedesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED