MKL Crimedesk
1/1/21
Keligatan seorang wanita warga Vietnam berpakaian seksi yang diupah menjadi DJ untuk menghiburkan pelanggan di malam ambang tahun baru malam tadi akhirnya punah apabila dia ditahan.
Dia ditangkap dalam operasi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira kira jam 11.45 di pusat hiburan Jalan Loke Yew, ibu negara.
Pusat hiburan bawah tanah itu dilaporkan beroperasi sejak beberapa bulan lalu dengan menggunakan laluan rahsia di bahagian belakang bangunan bagi mengelakkan pihak berkuasa mengesan tentang aktiviti hiburan yang dijalankan.
Operasi berhasil atas maklumat awam dan risikan yang mendapati premis berkenaan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan di Kuala Lumpur.
Sekurang kurangnya 37 pelanggan dikenakan tindakan kompaun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Saiful Annuar Yusoff, berkata polis terpaksa menguji kemahiran DJ wanita warga Vietnam berkenaan dengan memasang sistem peralatan audio miliknya.
Ini bagi memastikan dia benar-benar seorang deejay dan bukannya pengunjung.
Selepas dapat membuktikan kemahirannya sebagai seorang deejay, dia turut ditangkap kerana melanggar syarat serta disiasat mengikut Akta Imigresen.
Polis turut mengesahkan 5 pengunjung didapati positif dadah.
Selain kompaun Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) (2020).
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu Seksyen 269, iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit terhadap pemilik pusat hiburan berkenaan.
Turut serta dalam operasi itu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), JSJ; Jabatan Integriti Pematuhan Standard, Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bahagian Narkotik Polis Daerah Dang Wangi.
Source: MKL Crimedesk YouTube