Translate

02 January 2021

Tragedi Triso: Mangsa Dikebumi Di Simanggang Dan Sibu Hari Ini

    

Sembilan mangsa dikebumikan hari ini

Tragedi Feri Triso: Mangsa dikebumi di Simanggang dan Sibu hari ini

Astro Awani
2/1/21


SIMANGGANG: Enam mangsa kemalangan di Pangkalan Feri Triso yang beragama Islam akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, Simanggang.

Menurut pihak pengurusan jenazah, bapa mangsa, Hamzah Razali meminta jenazah anak-anaknya itu untuk dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

Manakala tiga mangsa yang beragama Kristian pula akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian di Sibu.
Kesemua jenazah akan dikebumikan selepas prosedur bedah siasat dan didokumentasi selesai.

Proses pengebumian dijangka dilaksanakan selepas jam 12 tengah hari, Sabtu.

Dalam insiden di Pangkalan Feri Triso semalam, sembilan sekeluarga, termasuk bayi berusia empat bulan mati lemas selepas kenderaan pacuan empat roda mereka gagal dikawal dan meluru ke dalam sungai, selepas feri yang hendak dinaiki penuh.

Tragedi pikap jatuh sungai: 9 lemas sah sekeluarga

Menurut Ketua Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPK Sarawak, Supt Ismail Mahmood, kesemua mayat kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin untuk proses pengecaman, sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman sekitar jam 3.00 pagi.
 


 TRAGEDI FERI TRISO | Suasana Pilu Menyelubungi Pengebumian 6 Beranak


               

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

All Nine 4WD Drowning Victims In Sri Aman Identified

Tradegi Triso: Lima Van Jenazah Digerakkan Ke Hospital Sri Aman

Triso Jetty Tragedy: Siti Aishah Insisted To Send Daughters Back To School - Husband

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 6 hrs 53 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 7 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 7 hrs 43 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 7 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 8 hrs 3 mins ago