Translate

01 January 2021

Sah! PKPP Dilanjutkan Tiga Bulan Lagi Sehingga 31 Mac

                  



Sah! PKPP dilanjutkan tiga bulan lagi sehingga 31 Mac

Astro Awani
1/1/21


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang dijadual tamat pada 31 Disember, dilanjutkan selama tiga bulan lagi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh lanjutan PKPP berkuat kuasa dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2021 di seluruh negara.

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dengan mendapati peningkatan kes yang ketara dan kadar kebolehjangkitan yang masih tinggi.

"Perintah ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

"Antara lain peningkatan kes ini disumbangkan oleh pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja asing yang sedang dijalankan secara besar-besaran di beberapa negeri tumpuan, serta akibat daripada berlakunya penularan jangkitan dalam komuniti yang dikesan terutamanya di Lembah Klang dan beberapa negeri lain.

"Sehubungan dengan itu, segala prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuat kuasa yang diwartakan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Bagi aktiviti pelancongan pula, Ismail Sabri berkata, ia kekal berdasarkan ketetapan yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sebelum ini, dan perlu mematuhi SOP yang ketat.

Dalam masa yang sama, beliau sekali lagi mengingatkan rakyat negara ini agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Beliau menyifatkan 2021 sebagai cabaran yang lebih besar buat rakyat di seluruh dunia.

"Marilah kita mulakan perjalanan 2021 ini dengan tekad dan azam untuk terus bersama-sama dalam mendepani apa jua cabaran khususnya dalam memerangi wabak COVID-19.

"Sentiasa patuhi SOP dan amalkan kawalan kendiri untuk kekal selamat," katanya.

Antara aktiviti yang masih di bawah senarai terlarang bagi kawasan PKPP adalah:

- Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam.

- Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sah-pkpp-dilanjutkan-tiga-bulan-lagi-sehingga-31-mac-275609


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Gadis OKU hilang selepas keluar bermain di taman p' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami ke' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 44 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 7 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 7 hrs 41 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 7 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 7 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 7 hrs 56 mins ago