Translate

05 January 2021

PKPD Apartment Amber Court Di Jalan Genting Dilanjutkan Bermula 7 Januari - 20 Januari: Ditahan-152 Dikompaun-152


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 5 Jan 2021 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,792 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 12,611 anggota telah melakukan 45,665 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 3,177 pasar raya, 4,373 restoran, 1,165 kilang, 1,252 pasar awam/tani, 2,999 tempat ibadah serta 1,217 tempat riadah telah diperiksa. •Semalam, PDRM telah menahan 152 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP, di mana kesemuanya telah dikompaun

2.Kawalan Sempadan Negara •Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 29 PATI serta merampas 4 kenderaan darat dan 3 bot/kapal dalam operasi di seluruh negara.
•109 SJR Op Benteng dilaksanakan diseluruh negara seperti berikut: oOp Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) - 41 SJR oOp Benteng PDRM - 59 SJR oOp Benteng AKSEM - 9 SJR

3.Operasi Sanitasi Awam • KPKT telah melakukn 13,331 operasi sanitasi merangkumi 139 zon. •Semalam, sebanyak 45 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 10 buah negeri & 3 Wilayah Persekutuan •Ops Sanitasi ini melibatkan 270 anggota dan 38 jentera JBPM dan 114 anggota PBT

4. Kuarantin Wajib •Seramai 98,286 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. •seramai 7,805 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 74 Hotel dan 17 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta
•540 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 89,941 individu dibenarkan pulang ke rumah •Semalam, 660 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

5. Tapak Binaan •Sebanyak 14,145 jumlah pemeriksaan telah dilakukn oleh anggota penguatkuasa CIDB yg melibatkn 8,033 tapak binaan •Semalam, anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di 17 tapak binaan di seluruh Malaysia & kesemua tapak binaan mematuhi SOP yg ditetapkn.

6. Saringan Wajib Pekerja Warga Asing •Seramai 99,163 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan yg melibatkn 3,536 majikan •Sebanyak 2,079 telah disahkn positif manakala 97,084 lagi adalah negatif •Sebanyak 758 buah klinik telah terlibat dgn program saringan ini

7.Penggunaan Aplikasi MySejahtera •Lebih 26.3 juta (26,334,428) pengguna telah memuat turun & mengaktifkan MySejahtera manakala lebih 1.4 juta (1,405,561) premis perniagaan telah mendaftar dengan aplikasi ini.
•Orang ramai dinasihatkan untuk memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kes COVID-19.
PKPD di Apartment Amber Court di Jalan Genting, Bentong dilanjutkan bermula 7 Januari hingga 20 Januari 2021.
PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar dilanjutkan bermula 7 hingga 20 Januari 2021.

SOP Pengurusan Bencana (Banjir) Pelaksanaan Sebelum Operasi o Memastikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang telah dikenalpasti dan diwartakan mempunyai fasiliti asas yang berfungsi dengan baik, kondusif dan bersedia, termasuk ruang untuk mangsa berstatus PUS.
o Setiap PPS perlu dilengkapi Kod QR MySejahtera dan setiap petugas serta mangsa banjir yang terlibat perlu menggunakan aplikasi tersebut. o Memastikan kecukupan Personal Protective Equipment (PPE) dan peralatan yang bersesuaian bagi pengendalian operasi.
Pelaksanaan Semasa Operasi dan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) o PPS hendaklah dibuka dikawasan Zon COVID-19 atau PKP yang sama. Sekiranya tidak dapat dielakkan PPS boleh dibuka di zon yang berhampiran. o PPS perlu di disinfeksi sebelum menerima mangsa banjir.
o Proses pemindahan mangsa ke PPS perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan PPS semasa COVID-19 dan mengikut nasihat KKM seperti menjaga penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka pada setiap masa.
o Setiap mangsa yg dipindahkan ke PPS perlu disaring & kemudian ditempatkan dgn mematuhi aspek penjarakan fizikal. o Mangsa juga akan dibekalkan dgn pelitup muka dan dikehendaki memakainya pada setiap masa. o Jawatankuasa PPS boleh menempatkan ahli keluarga dalam kubikel yg sama.
o Bagi mangsa yang bergejala, mereka akan dirujuk ke klinik kesihatan dan kemudian diasingkan di ruang pengasingan khas yang disediakan. o Penyediaan makanan dan minuman adalah secara berbungkus (packed meal) dan tidak ada sebarang aktiviti memasak di PPS sepanjang operasi.
o Aktiviti-aktiviti berkumpulan yang menjejaskan penjarakan fizikal adalah tidak dibenarkan termasuk ziarah antara mangsa. o Semua kawasan tertutup di PPS dibiarkan terbuka bagi membolehkan peredaran udara yang mencukupi untuk mengeluarkan partikel yang tercemar.
Pelaksanaan Selepas Operasi o Memastikan langkah wajar diambil ketika proses menghantar pulang mangsa, seperti: i. Mangsa dibekalkn dgn pelitup muka & dikehendaki memakainya pd setiap masa
ii. Memastikan penjarakan sosial ketika dalam kenderaan. iii. Mangsa bergejala dirujuk ke klinik kesihatan.
Maklumat lanjut SOP Pengurusan Bencana Banjir boleh dirujuk di laman sesawang NADMA dan juga MKN.












Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED