Translate

08 January 2021

Pengusaha Bengkel Kereta Disyaki Bunuh Warga Emas Direman Seminggu

                    

Bunuh Warga Emas Ahli Perniagaan Direman Seminggu

Pengusaha bengkel kereta disyaki bunuh warga emas direman seminggu

BERNAMA
07/01/2021 


KUALA LUMPUR, 7 Jan -- Seorang pengusaha bengkel kereta yang ditahan sebelum ini kerana disyaki membunuh seorang lelaki warga emas, direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata perintah reman ke atas suspek berumur 40 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi.

“Hasil siasatan lanjut polis mendapati suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau bersangkut kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu pada 2014,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa warga emas berkenaan dilaporkan hilang sejak 31 Dis lepas dan suspek ditahan di sebuah pasar raya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan Sabtu lepas bagi membantu siasatan.

Semalam mayat warga emas itu ditemukan dalam but sebuah kereta di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, Puchong, dan ia telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED