Nissan Skyline disita miliki cukai jalan palsu
BERNAMA
01/01/2021
KUALA LUMPUR, 1 Jan -- Sebuah kereta mewah jenis Nissan Skyline dipercayai kenderaan klon antara yang dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Ambang Tahun Baru, di Plaza Tol Sungai Besi malam tadi.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu turut mempunyai nombor plat pendaftaran diubah suai, cermin gelap selain cukai jalan yang tamat tempoh sejak 2019.
“Berikutan itu, kereta berkenaan disita dan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk pemeriksaan lanjut,” katanya pada sidang media Op JPJ Ambang Tahun Baharu tengah malam tadi di Plaza Tol Sungai Besi, di sini.
Dalam Op Ambang Tahun Baru yang dilaksanakan serentak di seluruh negara, sebanyak 3,043 notis dikeluarkan melibatkan 1,790 buah motosikal, kereta (1,150) dan 103 lain-lain kenderaan seperti bas serta lori.
Sementara itu dalam Op Ambang Tahun Baharu berasingan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 2,318 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan hingga tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik (JSPT) Bukit Aman DSP Huzaili Yaakob berkata operasi bermula sejak 8 pagi semalam dan antara kawasan yang terlibat ialah Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Kempas (Johor Bahru) dan Plaza Tol Ipoh Utara (Ipoh).
"Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan penggunaan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Plaza Tol Jalan Duta di sini malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata aliran trafik di seluruh negara ketika ini terkawal dan tidak berlaku kesesakan teruk.