19/1/21
Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang dijangkiti wabak Covid-19.
Nazri berkata dia membuat ujian saringan selepas kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.
Pada 12 Jan lalu, Nazri melakukan sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh beberapa pemberita serta Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman.
Susulan empat hari selepas itu, Zaharin, yang merupakan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak yang hadir dalam sidang media tersebut mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19.
Source: KiniTV YouTube
TERKINI
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 19, 2021
Ahli Parlimen Padang Renggas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz disahkan Positif COVID-19.
Beliau dilaporkan dijangkiti daripada individu yang menghadiri sidang medianya pada 12 Jan lepas. pic.twitter.com/LCpSfMe3Of