Translate

19 January 2021

Macam Tengah 'Online', Telefon Dan WhatsApp Mahdzir Khalid Digodam


Macam tengah 'online', telefon dan WhatsApp Mahdzir Khalid digodam


Astro Awani
19/1/21

KUALA LUMPUR : Bukan sahaja orang awam, bahkan orang kenamaan termasuk bekas menteri juga boleh menjadi sasaran penggodam.

Terbaharu, talian telefon dan aplikasi WhatsApp bekas Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid disahkan digodam individu tidak bertanggungjawab.

Pegawai khasnya, Aizat Azam menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, kejadian tersebut mula disedari pada jam 10 malam semalam (Isnin).

“Untuk makluman, walaupun Datuk Seri Mahdzir tidak menggunakan aplikasi WhatsApp dan mematikan telefon bimbitnya, tetapi aplikasi tersebut kelihatan sedang ‘online’ yang mana ia jelas menunjukkan ia sedang digodam oleh seseorang.

“Buat masa ini, Datuk Seri Mahdzir terpaksa mematikan talian telefon bimbitnya sebagai langkah keselamatan.

“Sebarang kesulitan di pihak tuan puan yang cuba menghubungi Datuk Seri Mahdzir, diharap ambil maklum akan kejadian penggodaman ini,” katanya.

Beliau turut memohon semua orang untuk mengabaikan sebarang hantaran atau maklum balas yang kurang menyenangkan daripada nombor tersebut.

“Segala hantaran dan maklum balas di aplikasi WhatsApp daripada nombor telefon yang digunakan bekas Menteri Pendidikan itu bukan daripada beliau,” ujarnya.

Menerusi ciapan di Twitternya, Aizat memaklumkan pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada polis pada jam 2.00 pagi tadi dan dipanggil pada jam 2.30 pagi untuk membantu siasatan.

“Harap PDRM dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) boleh ambil tindakan lanjut dengan kadar segera,” ciapnya.

Source: AstroAwani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mazda CX5 SUV Retrieved From Penang Bridge Waters,' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seorang Maut, Dua Parah Motosikal Berlanggar Ketik' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudu' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Ganja RM1 juta dalam bot fiber ditinggalkan di mua' 3 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 6 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 8 hrs 33 mins ago