Translate

26 January 2021

Lelaki Ditahan Miliki Pelbagai Senjata Api

Lelaki ditahan miliki pelbagai senjata api

BERNAMA
26/01/2021 09:13 PM

JOHOR BAHRU, 26 Jan -- Seorang lelaki ditahan kerana memiliki pelbagai senjata api berserta peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhiri Mukhtar berkata lelaki tempatan berusia 28 itu ditahan bersama pelbagai jenis senjata api dalam serbuan pada 8.10 malam.

"Antara barangan yang dirampas ialah sebutir peluru jenis SME 9 milimeter, selaras senapang angin buatan sendiri, sepucuk pistol jenis Rev. 38 SPL 2 inci serta tiga butir peluru 38 SPL di dalam chamber.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau atas kesalahan jenayah dadah dan suspek juga positif dadah jenis Meth ketika saringan air kencing," menurutnya dalam kenyataan lewat petang tadi.

Beliau berkata suspek kini direman selama tujuh hari mulai semalam hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

Dzulkhiri juga berkata pihaknya kini mengesan seorang lagi individu, Mohd Rahmin Ahmat, 32, yang dikenali sebagai ‘Ramen’ beralamat di No 30-A, Jalan Pengkalan Rinting, Batu 5, Tampoi yang masih bebas dan dipercayai terlibat dalam kesalahan sama iaitu memiliki senjata api.

Katanya hubungan kedua-dua individu masih dalam siasatan.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut agar menghubungi balai polis berhampiran.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED