Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 19 Jan 2021
1.Task Force Operasi Pematuhan
2,767 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan terdiri daripada 11,772 anggota telah melakukan 51,939 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
Sebanyak 3,491 pasar raya, 4,845 restoran, 1,482 kilang, 1,924 pasar awam/tani, 3,399 bank, 559 pejabat kerajaan, 2,980 tempat ibadah serta 1,635 tempat riadah telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 590 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 553 telah dikompaun, 35 individu direman manakala 2 dijamin.
2.Kawalan Sempadan Negara
Semalam, Op Benteng berjaya menahan 8 PATI serta merampas 12 buah kenderaan darat
Sebanyak 445 SJR Op Benteng dilaksanakan diseluruh negara seperti berikut:
• Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) – 394 SJR
• Op Benteng PDRM – 42 SJR
• Op Benteng AKSEM – 9 SJR
3.Operasi Sanitasi Awam
KPKT telah melakukan 14,114 operasi sanitasi merangkumi 145 zon. Semalam, sebanyak 48 operasi sanitasi telah dilaksanakan di seluruh negara
Operasi Sanitasi ini melibatkan 491 anggota dan 38 jentera JBPM serta 204 anggota PBT
4.Kuarantin Wajib
Seramai 107,194 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
Semalam, seramai 349 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.
5.Berita Palsu
Semalam, 278 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan Covid-19. 141 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran. 424 penafian dan penjelasan telah diperjelaskan oleh Pasukan Respon Pantas, KKMM
6.Saringan Warga Asing
Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 172,248 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 6,448 majikan dan sehingga kini sebanyak 828 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.
7.Penamatan PKPD di Apartment Amber Court, Jalan Genting, Bentong pada 20 Januari 2021
8.Penamatan PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar pada 20 Januari 2021 KECUALI Blok C dan Blok Sekolah PPA yang dilanjutkan bermula 21 Januari sehingga 3 Februari 2021.
9.Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 sehingga 4 Februari 2021
10.Seluruh negara kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) KECUALI Sarawak yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)