Translate

25 January 2021

KKM Jangka PKP Hanya 4 Minggu

COVID-19: 3,048 jangkitan baharu hari ini, KKM jangka PKP hanya 4 minggu

Astro Awani
25 Januari 2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan selama empat minggu sahaja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM juga dalam masa sama menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan selama tiga bulan untuk memastikan jumlah kes baharu turun ke dua angka.

Untuk hari ini, KKM merekodkan jumlah jangkitan baharu akibat COVID-19 ialah sebanyak 3,048 kes.

"Mantra peperangan COVID-19 ni masih sama, kita perlukan kepatuhan yang tinggi. Kalau kita semua patuhi pada SOP, maka kita tak perlukan PKP pun," katanya dalam sesi taklimat media secara maya pada Isnin.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan R0 1.06, turun daripada paras tertinggi 1.2 sebelum ini.

"Kalau boleh elakkan peningkatan. Kalau boleh 3,000 sekarang R-Naught (kadar kebolehjangkitan) pun kurang sikit pada 1.06 daripada 1.2.

"Esok mungkin boleh kurang daripada 1.06. Kalau boleh kurang daripada 1. Harap dalam dua minggu, dapat elakkan lonjakan tetapi stabil," katanya lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-3048-jangkitan-baharu-hari-ini-kkm-jangka-pkp-hanya-4-minggu-279708

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED