Translate

23 January 2021

Kes Harian Tertinggi - 4275 Kes Baharu 4313 Kes Sembuh - Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 23 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

23 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,313 kes (137,019 kes kumulatif, 75.9%);
  • Kes baharu : 4,275 kes (180,455 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (8 warganegara dan 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,264 kes [3,131 warganegara (73.4%); 1,133 bukan warganegara (26.6%)];
  • Kes aktif : 42,769 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 260 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 103 kesdan
  • Kes kematian : 7 kes (667 kes kumulatif , 0.37 %)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,421 kes (33.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 954 kes (67.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh WP Kuala Lumpur sebanyak 548 kes (12.8 peratus), dan Sabah sebanyak 498 kes (11.6 peratus).

Sebanyak 26 kes (0.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (46 kes), Kluster Tembok Mempaga (9 kes), Kluster Damai Pelangi (5 kes), Kluster Penjara Kepayan (5 kes) dan Kluster Tembok Sungai Udang (3 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes dari Selangor dan Johor serta masing-masing satu (1) kes dari Melaka, Sarawak dan Wialayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh (7) warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 23 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 724 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 383 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rusa, Kluster Tower, Kluster Cassia Diamond, Kluster Bukit Punai dan Kluster Estate Maju);
  • Jumlah kluster aktif : 341 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 84 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Bali Residence (203 kes), Kluster Pasai (132 kes), dan Kluster Beringin (74 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan (8)  kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu (1) kluster komuniti, kluster keagamaan, dan kluster pusat  tahanan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1 Tapak Bina Bali ResidenceMelakaTempat kerja
2Tapak Bina Jalan WangsaWP Kuala LumpurTempat kerja
3Jalan Timah DuaJohorTempat kerja
4Persiaran TanjungJohor BahruTempat kerja
5Kilang SetapakSabahTempat Kerja
6Jalan CanggihJohor BahruTempat kerja
7Tapak Bina Lebuh PuteriSelangorTempat kerja
8Kampung BombalaiSabahTempat kerja
9Kampung Guntong LuarTerengganuKomuniti
10Kampung Bukit BiahTerengganuKeagamaan
11Tembok Sungai UdangMelakaPusat Tahanan

PENINGKATAN KLUSTER-KLUSTER BERKAITAN TEMPAT KERJA YANG MEMBIMBANGKAN

KKM memandang serius perkembangan peningkatan kes COVID-19 serta kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang dilihat mutakhir ini. Ini kemungkinan berkait rapat dengan peningkatan ujian yang dilakukan secara bertumpu bagi mengesan lebih banyak kes dengan secepat mungkin, dan seterusnya mengawal penularan COVID-19. Sejak 1 Disember 2020, kerajaan telah melaksanakan ujian saringan COVID-19 kepada semua pekerja asing di negara ini. Pada peringkat awal, program ini tertumpu di beberapa buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Sehingga 22 Januari 2020, sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan dan sebanyak 225 kluster (64.3 peratus) merupakan kluster berkaitan tempat kerja. Sejumlah 112,225 individu telah disaring, di mana 28,477 kes (25.4 peratus) telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster-kluster ini. Daripada kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang dilaporkan, kluster berkaitan perkilangan mencatatkan bilangan kluster yang tertinggi iaitu sebanyak 80 kluster (35.6 peratus), diikuti oleh kluster berkaitan pembinaan sebanyak 53 kluster (23.6 peratus) dan kluster berkaitan perkhidmatan sebanyak 31 kluster (13.8 peratus). 

KKM ingin menyeru semua majikan dan para pekerja supaya bersama-sama memainkan peranan dalam membantu KKM dan negara Malaysia membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan sentiasa mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat kediaman pekerja yang kondusif di samping memastikan pekerja sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Antara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja; 
  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama; 
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan (pantry); 
  • Pastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space); 
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation); dan 
  • Pastikan jarak 1 meter semasa pekerja bertutur dengan satu sama lain (close conversation).

Selain itu, para pekerja diingatkan bahawa setelah pulang bekerja, mereka akan bercampur dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan masyarakat di mana risiko jangkitan COVID-19 masih ada. Oleh itu, seperti mana juga di tempat kerja, semua pekerja diminta patuh kepada semua peraturan dan SOP yang telah ditetapkan agar risiko penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat dapat dikurangkan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,42153,384
SABAH49846,360
WP KUALA LUMPUR548 (10)20,970
JOHOR425 (1)15,853
NEGERI SEMBILAN10810,837
PULAU PINANG1627,075
PERAK2085,377
KEDAH1055,094
SARAWAK1933,124
MELAKA2782,836
KELANTAN  782,761
PAHANG752,554
WP LABUAN31,983
TERENGGANU1311,355
WP PUTRAJAYA35744
PERLIS7148
JUMLAH KESELURUHAN4,275 (11)180,455

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 4,275 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,421 kes 
    • 137 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri;
    • 818 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 466 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 548 kes  
    • 93 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kilang Setapak dan Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa;
    • 239 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 10 kes import dari luar negara; dan
    • 206 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
  • Sabah: 498 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bombalai;
    • 343 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 119 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 425 kes
    • 111 kes daripada kluster-kluster, termasuk 66 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster  Jalan Canggih, Kluster Persiaran Tanjung, dan Kluster Jalan Timah Dua;
    • 142 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 171 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 278 kes
    • 214 kes daripada kluster-kluster, termasuk 206 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bali Residence dan Kluster Tembok Sungai Udang;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 208 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 117 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 193 kes
    • 148 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 162 kes 
    • 72 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 131 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Bukit Biah dan Kluster Kampung Guntong Luar;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 108 kes 
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 105 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 53 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 78 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang75 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 35 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Tujuh (7) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan tujuh (7) kes kematian pada 23 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
661135793MelakaLelaki (WN)69Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
662140367JohorPerempuan (WN)50Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
663147394SarawakLelaki (WN)74Hospital SibuPenyakit  darah tinggi, dimensia, dan tuberkulosis
664152504SelangorLelaki (WN)42Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
665173298SelangorPerempuan (WN)82Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
666174069WP Kuala LumpurLelaki (WN)46Hospital SelayangPenyakit darah tinggi, dan buah pinggang kronik
667174599JohorLelaki (WN)52Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi dan dislipidaemia

*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED