Kenyataan Akhbar KPK 21 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 JANUARI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 2,490 kes (130,152 kes kumulatif, 75.4%);
- Kes baharu : 3,170 kes (172,549 kes kumulatif);
- Kes import : 8 kes (7 warganegara dan 1 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 3,162 kes [2,475 warganegara (78.3%); 687 bukan warganegara (21.7%)];
- Kes aktif : 41,755 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 260 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 103 kes; dan
- Kes kematian : 12 kes (642 kes kumulatif , 0.37 %)
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kes (18.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 310 kes (56.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes (17.2 peratus), dan Johor sebanyak 423 kes (13.2 peratus).
Sebanyak 26 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (10 kes), Kluster Damai Pelangi (8 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), dan Penjara Sungai Jelok (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes dari Johor, tiga (3) kes dari Selangor, dua (2) kes dari Sabah dan masing-masing satu (1) kes dari Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak. Kesemua kes adalah warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 21 Januari 2021;
- Jumlah kluster : 701 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 16 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 374 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kaya, Kluster Enggor, Kluster Perdana 6, Kluster Tapak Bina Jalan Tun, Kluster Tapak Bina Darul, Kluster Jalan College, dan Kluster Jalan Lapan);
- Jumlah kluster aktif : 327 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 84 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pasai (88 kes), Kluster Tapak Bina Dutamas (42 kes), dan Kluster Jalan Sempadan (32 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dua (2) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko, dan satu (1) kluster berkaitan keagamaan. Berikut adalah ringkasan bagi kluster-kluster tersebut;
No | Nama Kluster | Negeri | Kategori Kluster |
1 | Jalan Terolak | WP Kuala Lumpur | Tempat kerja |
2 | Kota Muhibbah | Perak | Tempat kerja |
3 | Silimpopon | Sabah | Tempat kerja |
4 | Seri Bayu | Johor | Tempat Kerja |
5 | Ladang Sebrang | Sabah | Tempat kerja |
6 | Orion | Kedah | Tempat kerja |
7 | Tampoi Tujuh | Johor | Tempat kerja |
8 | Jalan Sempadan | Johor | Tempat kerja |
9 | Jalan Slim | Perak | Tempat kerja |
10 | Pasar Borong KL 2 | WP Kuala Lumpur | Tempat kerja |
11 | Jalan Canang Emas | Selangor | Tempat kerja |
12 | Taman Sejahtera | Perak | Keagamaan |
13 | Mandin Jaya | Pulau Pinang | Kumpulan berisiko |
14 | Jalan Kelapa | Selangor | Kumpulan berisiko |
15 | Kampung Tanah Merah | Terengganu | Komuniti |
16 | Gunung Raya | Kedah | Komuniti |
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Januari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 21 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 545 (1) | 51,181 |
SABAH | 401 (1) | 45,409 |
WP KUALA LUMPUR | 576 (5) | 19,987 |
JOHOR | 423 (1) | 14,962 |
NEGERI SEMBILAN | 102 | 10,532 |
PULAU PINANG | 171 | 6,711 |
PERAK | 245 | 5,031 |
KEDAH | 156 | 4,823 |
SARAWAK | 132 | 2,702 |
KELANTAN | 135 | 2,522 |
MELAKA | 106 | 2,476 |
PAHANG | 48 | 2,418 |
WP LABUAN | 32 | 1,951 |
TERENGGANU | 57 | 1,046 |
WP PUTRAJAYA | 33 | 670 |
PERLIS | 8 | 128 |
JUMLAH KESELURUHAN | 3,170 (8) | 172,549 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,170 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Januari 2021 adalah seperti berikut:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 576 kes
- 121 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Terolak dan Kluster Pasar Borong KL 2;
- 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lima (5) kes import dari luar negara; dan
- 261 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
- Selangor: 545 kes
- 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kelapa dan Kluster Jalan Canang Emas;
- 263 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 238 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 423 kes
- 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 53 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sempadan, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster Seri Bayu;
- 219 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 107 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 401 kes
- 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Ladang Sebrang dan Kluster Silimpopon;
- 245 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 123 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 245 kes
- 66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan Slim, dan Kluster Kota Muhibbah;
- 121 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 171 kes
- 52 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mandin Jaya;
- 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 156 kes
- 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Orion dan Kluster Gunung Raya;
- 76 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 135 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 88 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 132 kes
- 100 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 106 kes
- 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 102 kes
- 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 57 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tanah Merah;
- 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 48 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 33 kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 32 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis : Lapan (8) kes
- Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan 12 kes kematian pada 21 Januari 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina | Umur (tahun) | Hospital/ Tempat Kematian | Latar Belakang |
631 | 137577 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti |
632 | 156799 | Sabah | Lelaki (WN) | 82 | Jenazah di bawa ke Hospital Lahad Datu | Obesiti |
633 | 160053 | Sabah | Perempuan (WN) | 81 | Jenazah di bawa ke Hospital Lahad Datu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan bronchiectasis |
634 | 160618 | Johor | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
635 | 160619 | Johor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, dan buah pinggang kronik |
636 | 161008 | Perak | Lelaki (WN) | 47 | Hospital Taiping | Tuberkulosis |
637 | 164136 | Johor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan bengkak kelenjar prostat (BPH) |
638 | 166438 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Tanjung Karang, Kuala Selangor | Penyakit kencing manis |
639 | 166751 | Selangor | Perempuan (WN) | 84 | Hospital Kajang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
640 | 166753 | Selangor | Perempuan (WN) | 53 | Hospital Kajang | Uterine Fibroid |
641 | 168137 | Johor | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit dislipidemia |
642 | 168918 | Sarawak | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Miri | Penyakit buah pinggang kronik |
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN TEROLAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Terolak, Jalan Ipoh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PASAR BORONG KL 2
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-124450) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan Pasar Borong Kuala Lumpur di Pusat Bandar Utara Selayang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN KELAPA
Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-145053) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja dan penghuni di sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Kelapa, Bandar Kajang, Selangor. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN CANANG EMAS
Kluster ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat yang terletak di Jalan Canang Emas, Pelabuhan Klang, Selangor. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SEMPADAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Sempadan, Kawasan Perindustrian Majidee, Johor Bahru. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 530 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAMPOI TUJUH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SERI BAYU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-170967) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor. Nama kluster merujuk kepada nama salah satu bangunan yang terdapat dalam fasiliti tersebut. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER LADANG SEBRANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131389) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja ladang kelapa sawit di Ladang Sebrang, Lahad Datu. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 256 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER SILIMPOPON
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-123229) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah ladang yang terletak di bandar Silimpopon, Kalabakan. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAMAN SEJAHTERA
Kluster ini melibatkan daerah Kampar, Perak Tengah, dan Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157922) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan aktiviti keagamaan di sebuah institusi swasta yang terletak di Taman Sejahtera Utama, Kampar, Perak. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN SLIM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muallim di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147151) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah institusi pengajian awam yang terletak di Jalan Slim, Tanjong Malim, Perak. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 118 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KOTA MUHIBBAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak, Kinta, dan Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157929) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah fasiliti awam di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kota Muhibbah, Teluk Intan. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER MANDIN JAYA
Kluster ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157810) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Mak Mandin Jaya Dua, Pulau Pinang. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 133 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER ORION
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda, Sik, dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-161077) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Belantik, Sik. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 13 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER GUNUNG RAYA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Langkawi di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-143988) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokasi aktiviti riadah kes indeks di Gunung Raya, Jalan Padang Matsirat, Langkawi. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KAMPUNG TANAH MERAH
Kluster ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138205) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Tanah Merah, Jerteh, Besut. Sehingga 21 Januari 2021, sejumlah 169 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.