Translate

19 January 2021

Kenyataan Media Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 19 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,944 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 125,288 kes (75.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 19 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 3,631 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 165,371 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 39,464 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,624 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,754 kes adalah warganegara Malaysia manakala 870 kes adalah bukan warganegara.

Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,199 kes (33.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 884 kes (73.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 526 kes (14.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 521 kes (14.3 peratus).

Sebanyak 310 kes (8.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (217 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (47 kes), Kluster Tembok Nanas (22 kes), Kluster Damai Pelangi (19 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), Kluster Matambai (1 kes), dan Kluster Telok Mas (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 238 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 14 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 619 kes (0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
606118890PerakLelaki (WN)85Hospital TaipingPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, dan buah pinggang kronik
607126622SelangorLelaki (WN)48Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
608135728KedahLelaki (WN)63Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan darah tinggi
609144475KelantanPerempuan (WN)64Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan osteoarthritis
610154699SarawakLelaki (WN)55Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
611159609SelangorLelaki (WN)74Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
612159613SelangorPerempuan (WN)62Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
613159617SelangorLelaki (WN)57Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
614159618SelangorLelaki (WN)53Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan empyema
615159643SelangorPerempuan (WN)46Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
616160454JohorLelaki (WN)71Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
617160642JohorLelaki (WN)72Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung
618161533WP LabuanPerempuan (BWN)60Jenazah dibawa ke Hospital LabuanPenyakit darah tinggi
619134684SelangorLelaki (BWN)60Hospital SelayangPenyakit kencing manis, asma, dan penyakit hati kronik

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 19 Januari 2021, terdapat sebanyak 669 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan (9) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 364 kluster, termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Tengah, Kluster Inten dan Kluster Jambatan B. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 305 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 81 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (217 kes), Kluster Jalan Selayang (188 kes), dan Kluster Pasai (90 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PENJARA JALAN SUNGAI JELOK

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar di Penjara Wanita Kajang di Jalan Sungai Jelok, Kajang, Selangor. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 439 individu telah disaring, di mana 217 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MASJID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat tekstil di Jalan Masjid India, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TARUKA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang di Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru . Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN SAYONG PINANG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128014) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster  ini melibatkan sebuah majlis perjumpaan keluarga yang terletak di Taman Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SRI GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154009) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang tekstil yang terletak di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Johor. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RAKUT

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144279) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di Sungai Rakut, Jalan Kampung Bakam, Miri, Sarawak. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KUPANG

Kluster ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154612) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes berlaku dalam kluster ini iaitu di Mukim Kupang, Baling. Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KEBOR AIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, dan Dungun di Terengganu. Kes indeks  bagi kluster ini (iaitu kes ke-155009) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan dua institusi pengajian awam di Kuala Terengganu. Nama kluster merujuk  kepada lokaliti rumah kes indeks di Kampung Kebor Air, Manir, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 264 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RANTAU CEMPAKA

Kluster ini melibatkan daerah Maran di Pahang dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132010) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan perhimpunan keluarga di Kampung Felda Cempaka Jengka 2, Pahang. Sehingga 19 Januari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

 Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,199 (2)49,245
SABAH526 (1)44,602
WP KUALA LUMPUR521 (3)18,898
JOHOR368 (1)14,069
NEGERI SEMBILAN13910,254
PULAU PINANG1246,416
PERAK1354,616
KEDAH1144,525
SARAWAK1562,367
PAHANG312,318
KELANTAN  1332,266
MELAKA1222,238
WP LABUAN11,918
TERENGGANU33908
WP PUTRAJAYA26614
PERLIS3117
JUMLAH KESELURUHAN3,631 (7)165,371

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,631 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,199 kes 
    • 277 kes daripada kluster-kluster, termasuk 217 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster  Penjara Jalan Sungai Jelok;
    • 607 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 313 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 526 kes 
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 371 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 125 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 521 kes  
    • 216 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masjid;
    • 157 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 145 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 368 kes
    • 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster  Jalan Taruka, Kluster Taman Sayong Pinang, dan Kluster Sri Gading;
    • 118 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 156 kes
    • 105 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rakut; 
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 139 kes
    • 66 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 135 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 133 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 124 kes 
    • 44 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 122 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 85 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 114 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kupang;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 33 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kebor Air;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 31 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rantau Cempaka;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 26 kes
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED