Astro Awani
19/1/21
KUALA LUMPUR : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa mengumumkan enam negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengumuman terbaru itu menyaksikan kini PKP dikuatkuasakan di seluruh negara, dengan hanya Sarawak yang kini berada dalam PKP Bersyarat (PKPB).
Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dan PKPB sedikit berbeza dan bagi mereka yang berada di enam negeri tersebut, Astro AWANI membantu anda dengan menyenaraikan beberapa SOP penting.
BACA: PKP di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 22 Januari - Ismail Sabri
Menurut Ismail Sabri, SOP PKP ini sama seperti yang diumumkan sebelum ini, antaranya:
Semua penduduk di dalam kawasan PKP TIDAK DIBENARKAN keluar dari kediaman/tempat tinggal masing-masing kecuali DUA (2) orang sahaja wakil isi rumah, yang dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan barangan keperluan.
Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan.
Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM
Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam.
Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang (take away), pandu lalu (drive thru) atau penghantaran (delivery) sahaja bermula jam 6:00 pagi sehingga 8:00 malam.
Hospital dan klinik boleh beroperasi sehingga 24 jam.
Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam.
Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 8:00 malam.
Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
Bagi mendapatkan senarai SOP penuh, anda boleh layari laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Source: Astro AwaniFOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kena-pkp-sekali-lagi-ini-sop-yang-perlu-anda-tahu-278675