Translate

01 January 2021

Jalan Pesisir Pantai Seberang Takir Hala Ke Jambatan Angkat Ditutup Tiga Hari - JKR Terengganu



Fenomena air laut pasang besar di Terengganu

Jalan pesisir Pantai Seberang Takir hala ke Jambatan Angkat ditutup tiga hari - JKR Terengganu

BERNAMA
01/01/2021 


KUALA TERENGGANU, 1 Jan -- Jalan pesisir Pantai Seberang Takir dari arah Pantai Teluk Ketapang ke Jambatan Angkat ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini hingga Ahad.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sementara sebahagian laluan tersebut adalah bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya berikutan berlaku limpahan ombak serta sampah-sarap di lokasi tersebut.

"Kerja-kerja pembersihan jalan akan segera dilakukan dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengambil jalan alternatif melalui laluan jalan Seberang Takir.

"Papan tanda amaran dan pemberitahuan telah pun dipasang dan orang ramai diminta mematuhi arahan tersebut," menurut kenyataan itu.

Selain pantai Seberang Takir di Kuala Nerus, laluan di Teluk Lipat, Dungun iaitu jalan di simpang Sekolah Menengah Imtiaz Dungun hingga ke Jalan Kubur Sura turut ditutup kepada semua kenderaan sejauh tiga kilometer.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Dungun, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata fenomena ombak besar dan angin kencang semalam menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup kerana tanah runtuh akibat hakisan, timbunan pasir dan batu kecil serta terdapat insiden pokok tumbang di depan sebuah resort.

"Kon penghalang telah diletakkan di laluan tersebut dan pengguna jalan raya perlu mengikut jalan alternatif yang lain untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

"Kerja pembersihan juga sedang giat dilakukan oleh JKR serta pemantauan oleh APM dan polis agar orang ramai menjauhi kawasan tersebut demi keselamatan mereka," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 14 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 3 hrs 12 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 7 hrs 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 8 hrs 21 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 34 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 8 hrs 44 mins ago