Translate

14 January 2021

Ibu Neelofa Batalkan Permohonan Cap Dagangan 'Harimau Menangis' Serta-Merta


Ibu Neelofa batalkan permohonan cap dagangan 'Harimau Menangis' serta-merta

Astro Awani
14/1/21

KUALA LUMPUR: Ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa Mohd Noor, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya mendaftar produk 'Harimau Menangis'.
Perkara itu diumumkan sendiri olehnya dalam satu sidang media pada Khamis.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua, dan saya mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk tersebut,”
"Sesunguhnya, tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT," katanya dalam sidang media pada Khamis.

Ibu Neelofa batalkan permohonan cap dagangan 'Harimau Menangis' serta-merta

Dalam sidang media itu juga, Noor Kartini turut memohon maaf di atas kekhilafan yang telah berlaku sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Tambahnya, permohonan tersebut dibuat bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produknya.

Isu permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menimbulkan kontroversi apabila ia menjadi trending di Twitter pada Rabu.

Ia susulan tularnya video berdurasi 37 saat memaparkan Noor Kartini sedang memasak daging berkenaan selain memberitahu pihaknya sudah mendaftar untuk mempatenkan trademark "Harimau Menangis".

Ekoran itu, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama daging 'Harimau Menangis' dalam produk mereka.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED