Translate

18 January 2021

Dua Warga Bangladesh Positif COVID-19 Cuba Keluar Negara Melalui KLIA


Dua warga Bangladesh positif COVID-19 cuba keluar negara melalui KLIA


BERNAMA
18/01/2021 


SEPANG, 18 Jan -- Dua warga Bangladesh yang positif COVID-19 dikesan cuba meninggalkan negara ini dengan menaiki penerbangan ke Dhaka semalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini

Kedua-dua lelaki dalam usia 20-an itu dikesan positif COVID-19 berdasarkan slip ujian saringan yang dikemukakan mereka ketika melakukan proses daftar masuk di kaunter.

Menyedari status mereka, petugas kaunter di lapangan terbang berkenaan telah memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya menghubungi Kementerian Kesihatan serta menyerahkan kedua-dua lelaki itu kepada pihak kementerian itu dan kini difahamkan mereka menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang merupakan pekerja swasta dan mempunyai dokumen pengenalan diri sah, tidak seharusnya menaiki pesawat ketika positif COVID-19 kerana dibimbangi akan menjangkiti penumpang lain.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC DPP Ahmad Sazilee Abdul Khairy arrested by Po' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan S' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 3 hrs 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 5 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 15 mins ago