20/1/21
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor bin Hassan atas pemergian beliau.
Allahyarham Dr Ali Noor telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (18 Januari 2021). Beliau merupakan seorang Pegawai Perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat beliau.
Adalah dimaklumkan bahawa ujian COVID-19 buat Allahyarham Dr Ali Noor adalah negatif. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sessi rawatan. Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
KEMATIAN AHLI SPJM PETUGAS FRONTLINER
انا لله وانا اليه راجعون
Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya. Arwah merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.
Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.
Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah. Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.
Sekali lagi SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah selepas pemergian Pengerusi SPJM Negeri Kedah, Tn. Hj. Habibullah pada hari Jumaat lepas.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya.
.
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESSIONAL ANTARABANGSA
.
*******
KEMASKINI DARI FB ISTERI ARWAH ASILAH ALQARNY : "Dia meninggal di hkl kerana acute respiratory distress bukan sebab covid/kepenatan bertugas melawan covid"
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali...
Posted by Noor Hisham Abdullah on Tuesday, January 19, 2021
KEMATIAN AHLI SPJM PETUGAS FRONTLINER 😢⚰️💀 انا لله وانا اليه راجعون Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali...
Posted by Skuad Pengurusan Jenazah - SPJ Malaysia on Tuesday, January 19, 2021