Translate

01 January 2021

Covid-19 Malaysia 1 Jan : New Cases- 2,068 Total Cases- 115,078 | Active Cases- 23,433 | New Death- 3


Kenyataan Akhbar KPK 1 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,230 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 91,171 kes (79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 1 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,068 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 115,078 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 23,433 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,066 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 776 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 425 kes (54.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 457 kes (22.1 peratus) dan Sabah sebanyak 254 kes (12.3 peratus).

Sebanyak 18 kes (0.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes) dan Kluster Pagar Siput (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 474 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
47287659Negeri SembilanLelaki (WN)69Hospital Tuanku Ja’afar, SerembanPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan dislipidemia
47398014SelangorLelaki (WN)94Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, demensia, dan bronchiectasis
474112093WP Kuala LumpurPerempuan (WN)58Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 1 Januari 2021, terdapat sebanyak 514 kluster telah dilaporkan termasuk tiga (3) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 290 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Dalam, Kluster Chengal, Kluster Penjara Reman, dan Kluster Avenue. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 224 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (153 kes), Kluster Rawa Akasia (110 kes) dan Kluster Tapak Bina Residen (91 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER RAWA AKASIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan  di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100149) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 322 individu telah disaring, di mana 117 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106412) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RANTAU SEMARAK

Kluster ini melibatkan daerah Maran di negeri Pahang dan daerah Gombak di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106636) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 1 Januari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Januari 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH25437,294
SELANGOR77633,169
WP KUALA LUMPUR457 (1)13,946
NEGERI SEMBILAN517,879
JOHOR1125,846
PULAU PINANG2263,714
PERAK513,246
KEDAH203,044
WP LABUAN3 (1)1,704
PAHANG161,381
MELAKA231,248
SARAWAK81,125
KELANTAN53811
TERENGGANU14339
WP PUTRAJAYA4286
PERLIS046
JUMLAH KESELURUHAN2,068 (2)115,078

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,068 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 776 kes 
    • 114 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 311 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 351 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 457 kes  
    • 304 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 254 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 166 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 226 kes 
    • 185 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk 110 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rawa Akasia;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 112 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perindustrian;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: 53 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 51 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 51 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 11 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 23 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kedah: 20 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 16 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rantau Semarak;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 14 kes
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Lapan (8) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.















Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED