Translate

20 January 2021

Covid-19 Indonesia reported 12,586 new cases total now at 939,948 & 267 new deaths taking total to 26,857




Lebih 12,000 kes baharu, COVID-19 kini menular di 99 peratus wilayah Indonesia

Astro Awani
20/1/21


JAKARTA: Indonesia terus mencatatkan kenaikan jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang tinggi, selepas merekodkan 12,586 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Angka kematian bagi pesakit yang dijangkiti virus itu pula mencatatkan 267 lagi kematian, menjadikan kematian keseluruhan di seluruh republik itu kini 26,857 orang.

Sementara itu, 9,755 orang dilaporkan sembuh.

Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id hari ini, pertambahan kes positif baharu COVID-19 bagi tempoh 24 jam itu menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 939,948.

Berdasrkan laporan portal berita Kompas.com, perubahan statistik hari ini juga menjadikan jumlas kes aktif di republik itu seramai 149,388 orang. Kesemuanya masih menjalani rawatan, sama ada di hospital mahupun yang sedang menjalani kuarabtin kendiri.

Lebih 70,000 lagi kes dikategorikan sebagai suspek kes COVID-19.

Kes COVID-19 di Indonesia sudah tercatat di semua wilayah di Indonesia, dari Aceh hingga Papua.
Lebih terperinci, ada 510 daerah dan kota dari 34 wilayah yang mencatat kes jangkitan virus korona itu, sekali gus bermakna penularannya sudah terdapat di lebih dari 99 peratus wilayah Indonesia.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/lebih-12000-kes-baharu-covid19-kini-menular-di-99-peratus-wilayah-indonesia-278900

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED