Anggota polis cedera dilanggar
BERNAMA
05/01/2021
GEORGE TOWN, 5 Jan -- Seorang anggota polis cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Thean Teik di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata kejadian berlaku ketika anggota berusia 26 tahun berkenaan dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas di Balai Polis Jalan Patani.
“Dalam kejadian 11.50 malam itu, motosikal mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun yang juga dalam perjalanan pulang ke rumah di Balik Pulau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya pemandu kereta itu mendakwa terkejut apabila motosikal berkenaan tiba-tiba berada di hadapannya yang sedang memandu di lorong tengah dan cuba mengelak ke lorong kiri namun terlanggar mangsa.
Akibat pelanggaran itu, anggota tersebut cedera di tangan dan di dahi selepas terjatuh di atas cermin depan kereta dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Ditanya mengenai laporan bahawa pemandu berkenaan merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Soffian berkata lelaki itu hanya memaklumkan yang dia seorang pesara ketika hadir membuat laporan polis.
Katanya kes disiasat menurut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.