COVID-19: 4,275 jangkitan baharu, paling tinggi direkodkan setakat ini
Astro Awani
23/1/21
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.
23/1/21
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat angka harian tertinggi dengan 4,275 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 180,455 kes.
Selain itu, kes sembuh daripada COVID-19 juga dilaporkan paling tinggi iaitu sebanyak 4,313 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 137,019.
Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 4,264 adalah penularan tempatan, sementara 11 import.
Dalam perkembangan sama, sebanyak tujuh lagi kematian direkodkan, dengan jumlah keseluruhan kematian berkaitan COVID-19 meningkat kepada 67 kes.
Semalam, Malaysia merekodkan kes tertinggi kematian berkaitan COVID-19 iaitu 18 kematian baharu dalam tempoh 24 jam.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: