Translate

14 November 2020

Profesor Direman Enam Hari Berhubung Rasuah Pembelian Tanah (1 Video)

                

Pembelian tanah: Professor direman enam hari

Profesor direman enam hari berhubung rasuah pembelian tanah

BERNAMA
14/11/2020 


SHAH ALAM, 14 Nov -- Seorang bekas pengurus besar sebuah institusi badan pengkaji bergelar profesor direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung rasuah berjumlah RM100,000 membabitkan pembelian tanah.

Perintah reman hingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Syajaratudur Abd Rahman di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor sekitar 6 petang semalam selepas hadir memberiketerangan.

Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebagai khidmat perunding pembelian tanah bagi tujuan pembangunan agensi tempatnya berkhidmat, yang mana harga tanah berkenaan dinilai lebih tinggi daripada harga pasaran, kata sumber itu.

Bernama difahamkan lebihan nilai harga tanah itu adalah bagi pembayaran rasuah untuk dirinya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED