Translate

14 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 1,114, Total Cases- 46,209 | Active Cases- 12,131 | New Death- 2 Total Deaths- 306



Kenyataan Akhbar KPK 14 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 803 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 33,772 kes (73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (358 kes);
  • Selangor (209 kes);
  • Negeri Sembilan (71 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (54 kes);
  • Pulau Pinang (42 kes);
  • Perak (42 kes).
  • Sarawak (15 kes);
  • Kedah (4 kes);
  • Terengganu (4 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (3 kes); dan
  • Melaka (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 14 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,114 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 46,209 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,131 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 391 kes (35.1 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri Sembilan pula melaporkan sebanyak 371 kes (33.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif harian, yang sebahagian besarnya adalah daripada Kluster Cergas iaitu sebanyak 363 kes (97.8 peratus). Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 217 kes positif pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 145 kes adalah daripada kluster-kluster (66.8 peratus).

Sebanyak 65 kes (5.8 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (45 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes) dan Kluster GK Tawau (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,114 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dua (2) kes import tersebut melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Indonesia (1 kes di Selangor); dan
  • Jordan (1 kes di Sarawak).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:   

  • Sabah: 391 kes
    • 95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Istimewa dan Kluster Alila;
    • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 113 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 371 kes
    • 367 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 199 kes
    • 135 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 53 kes
    • 49 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 34 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Assumption dan Kluster Rajawali;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 13 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 15 kes daripada kluster sedia ada.
  • Kedah: 10 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Assumption; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Enam (6) kes daripada kluster sedia ada.
  • KelantanLima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 103 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 306 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
30544344SabahPerempuan (WN)78Hospital Queen ElizabethOsteoarthritis
30625300SabahLelaki (WN)51Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa dua (2) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER BAH LUNAS

Kluster ini melibatkan daerah Kulim dan Baling di negeri Kedah. Sehingga 14 November 2020, seramai 161 individu telah disaring di mana lima (5) kes dikesan positif COVID-19 manakala 156 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH BEMBAN

Kluster ini melibatkan daerah Dungun di negeri Terengganu dan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Sehingga 14 November 2020, seramai 222 individu telah disaring di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 manakala 210 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER ISTIMEWA

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22026) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 15 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19  Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana:

  • 16 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
  • 27 individu dikesan negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER ALILA

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23498) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 317 individu telah disaring, di mana:

  • 23 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
  • 294 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER ASSUMPTION

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang serta daerah Kulim di negeri Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 11 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • 56 individu masih menunggu keputusan.
  •  KLUSTER RAJAWALI

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39181) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 6 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 14 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 15 individu dikesan negatif; dan
  • 65 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH39122,714
SELANGOR200 (1)7,439
W.P. KUALA LUMPUR133,501
NEGERI SEMBILAN3713,373
KEDAH102,255
PULAU PINANG341,586
W.P. LABUAN81,147
SARAWAK4 (1)1,036
JOHOR15985
PERAK53748
PAHANG0395
MELAKA6365
TERENGGANU0225
KELANTAN5210
W.P. PUTRAJAYA4190
 PERLIS040
JUMLAH KESELURUHAN1,114 (2)46,209

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Text Box: LAMPIRAN 2Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(14 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1CergasNegeri Sembilan, Kelantan, SelangorSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang3641,1184,2781,044 (0)740
2TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat50161571142 (0)190
3TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama451,8329,386265 (1)1,5625
4HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban397017,132342 (1)3590
5PerigiSelangorKlang27214841208 (0)60
6SamuderaSabahSandakan27482457 (0)410
7PadangJohorKota Tinggi15311,05031 (0)00
8Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan145493,19188 (0)4610
9KaramuntingSabah  Sandakan    13657452 (0)130
10BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan10961,52744 (2)520
11Ria-30SabahTuaran81201,224105 (0)150
12LiawanSabahKeningau74212242 (0)00
13KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi67873,135322 (2)4650
14BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak6352,40434 (2)10
15Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat52872,369284 (0)30
16MesraSabahSandakan517119866 (1)1041
17Jambatan BSabahSandakan55820132 (0)251
18Seri TerapiWP Kuala Lumpur, Melaka, SelangorKepong, Lembah Pantai, Alor Gajah, Gombak, Petaling52848527 (1)10
19UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat4268631180 (0)880
20IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda41051,56990 (1)150
21MampulutSabahKeningau48572966 (0)190
22SeridanaWP PutrajayaPutrajaya4201229 (0)110
23Penjara SandakanSabahSandakan34311,724381 (1)500
24Bah MedanSelangorSepang34845411 (0)370
25Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang21,8443,970191 (2)1,6530
26SagukingWP LabuanLabuan23813,539135 (0)2451
27RengasPerak, Pulau Pinang, KedahKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim2123767119 (1)40
28JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang29335032 (0)610
29TitianWP LabuanLabuan26353029 (0)340
30BonggayaSabahSandakan24924346 (0)21
31JernihNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Port Dickson, Sepang23813720 (0)180
32UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras12711,22737 (0)2340
33BasungSabahKudat19370019 (0)740
34TanameraSabahTawau, Tuaran18216047 (0)350
35Jalan BombaSabahSandakan1623377 (0)532
36LimbunganWP LabuanLabuan15438319 (0)350
37GK TawauSabahTawau15116820 (0)310
38Bina LabuanWP LabuanLabuan15021427 (0)221
39Wisma SaberkasSarawakKuching1431,24531 (0)120
40NahabaSabahKota Belud13465634 (0)00
41SauhSabah, SarawakKota Kinabalu, Tawau, Semporna, Papar, Miri, Daro1344037 (0)270
42TatahanSabahKota Kinabalu1213316 (0)41
43KubeKelantanKota Bharu, Tanah Merah11763017 (0)00
44AbellSarawakKuching1157015 (0)00


Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 14 Nov 2020 Kes sembuh=803 Jumlah kes sembuh=33,772 kes Kes baharu positif=1,114 (kes import=2, kes tempatan=1112) Jumlah positif=46,209 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=306 kes Kes dirawat di ICU=103 kes Bantuan Alat Pernafasan=43 kes




PECAHAN KES BAHARU (1,114) Sabah-391 83 kluster sedia ada 12 kluster baharu (Istimewa dan Alila) 183 saringan kontak rapat 113 lain-lain saringan N.Sembilan-371 367 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan

Johor-15 15 kluster sedia ada Kedah-10 9 kluster sedia ada, 1 kluster baharu (Assumption) 1 lain-lain saringan Labuan-8 6 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat Melaka-6 6 kluster sedia ada Kelantan-5 1 kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan
Sarawak-4 2 kluster sedia ada 1 lain-lain saringan 1 kes import Putrajaya-4 4 kluster sedia ada




Selangor- 199 + 1 kes import Hulu Langat (52) dan Klang (96) terus menunjukkan peningkatan kes baharu. Jumlah kes positif di Hulu Langat kini 816, Klang pula sebanyak 840. Secara keseluruhan, jumlah positif COVID-19 di Selangor adalah 2,704 kes.


KL hanya laporkan 13 kes. Jumlah kes baharu ini jauh lebih rendah berbanding semalam (201). Namun begitu, ini bukan indikasi bahawa arahan SOP boleh diabaikan. Harus diingat, virus ini telahpun ada dalam komuniti kita.


Kes Sabah hari ini adalah sebanyak 391, lebih rendah berbanding semalam (556). Kes sembuh di Sabah pula mecatatkan 358 kes. Tahniah dan terima kasih atas usaha keras semua petugas kesihatan. Setakat ini, dua daerah telah berubah ke zon hijau.




Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 14 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 200 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 200 kes baharu hari ini (198 tempatan, 1 import B dan 1 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (7 KES)

Batu - 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Seri Terapi) - 2 kes

Hulu kelang - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Seri Terapi) - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Kuang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Rawang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH HULU LANGAT (52 KES)

Ampang - 1 kes lokal
Saringan Pekerja - 1 kes

Cheras - 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Kajang - 43 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) - 3 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) - 34 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes

Semenyih - 6 kes lokal
Saringan Pekerja - 6 kes

DAERAH HULU SELANGOR (1 KES)

Batang Kali - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

DAERAH KLANG (97 KES)

Kapar - 52 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 47 kes

Klang - 44 kes lokal, 1 Import B
Saringan Bergejala - 3 kes
Saringan Kontak Rapat - 5 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) - 26 kes
Saringan Pekerja (Kluster Usaha) - 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Usaha) - 1 kes
Saringan Pekerja - 4 kes
Saringan Berfokus (Import B) - 1 kes
Saringan Komuniti - 1 kes

DAERAH KUALA LANGAT (2 KES)

Tanjung Dua Belas (2) - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes

Telok Panglima Garang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)

Ijok - 1 kes lokal
Saringan Pra Pembedahan - 1 kes

DAERAH PETALING (25 KES)

Bukit Raja - 2 kes lokal
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) - 2 kes

Damansara - 11 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 3 kes
Saringan Pekerja - 7 kes

Petaling - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 1 kes

Sungai Buloh - 9 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes lokal
Saringan Pra Pekerjaan - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Seri Terapi) - 1 kes
Saringan Pekerja - 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) - 1 kes

DAERAH SEPANG (15 KES)

Dengkil - 4 kes lokal
Saringan PKPD (Kluster Bah Medan) - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Jaya) - 1 kes
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes

Labu - 8 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes
Saringan PKPD (Kluster Bah Medan) - 2 kes
Saringan Bergejala (Kluster Kaya) - 1 kes

Sepang - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes

Import A (Indonesia) - 1 kes



4 kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan negeri Sabah (2), Pulau Pinang (2) dan Kedah (1). Jumlah kes baharu dalam kluster-kluster tersebut; 59. Terdapat 426 individu yang masih menunggu keputusan.



Dukacita dimaklumkan, 2 kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan warganegara. Jumlah kes kematian kini adalah; 306. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED