Translate

11 August 2020

SPRM tahan 3 pegawai penguatkuasa MBSA dan peniaga berbangsa Aceh hari ini berkaitan isu judi haram dan peniaga asing di Sungai Buloh.



Isu aktiviti perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh. SPRM tahan 3 pegawai penguatkuasa MBSA hari ini. 

Mereka dipercayai mengutip dan menerima rasuah RM300 hingga RM3,500 secara bulanan bagi melindungi premis menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buloh.

SINAR HARIAN
11 Ogos 2020

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buluh.


Menurut sumber, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan. Dua penguatkuasa dari Cawangan Sg. buluh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

SPRM turut menahan peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut. Menurut sumber, peniaga ini telah beroperasi sejak tahun 2019. Beliau dikatakan membayar wang rasuah sebanyak RM300.00 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

READ MORE
Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh - SPRM


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED