Translate

11 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-9 {Local-4 Imported-5} | Active-169 | Total-9103 |



Kenyataan Akhbar KPK 11 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,809 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - Ogos 11-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat sembilan (9) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,103 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 169 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan, lima (5) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Lima (5) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Jepun (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • India (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • New Zealand (1 kes di Selangor); dan
  • Singapura (1 kes di Johor).

Kesemua empat (4) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan bukan warganegara. Perincian kes adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: tiga (3) kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil sebelum dihantar pulang ke negara asal;
  • Sabah: satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan warganegara Malaysia dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (16)

SITUASI TERKINI KES DALAM KLUSTER PUI SIVAGANGGA DAN KLUSTER KURAU

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes baharu dilaporkan bagi kedua-dua kluster PUI Sivagangga dan kluster Kurau hari ini.

Sehingga 11 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 5,645 orang telah disaring dalam Kluster PUI Sivagangga. Tiada kes baharu yang dilaporkan dalam kluster ini, justeru kes positif COVID-19 kekal 45. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (4,154 disaring):
    • 31 kes dikesan positif COVID-19;
    • 4,112 individu negatif; dan
    • 11 individu masih menunggu keputusan.
  1. Perlis (1,223 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19;
    • 681 individu negatif; dan
    • 531 individu masih menunggu keputusan.
  1. Pulau Pinang (268 disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
    • 243 individu negatif; dan
    • 22 individu masih menunggu keputusan.

Manakala bagi Kluster Kurau pula, seramai 180 orang telah disaring dari negeri Perak dan Pulau Pinang. Kluster ini juga tidak melaporkan kes baharu, justeru kes positif COVID-19 kekal lima (5). Daripada jumlah selebihnya:

  • 123 individu negatif; dan
  • 52 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini. Situasi terkini juga akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap masyarakat akan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS030
KEDAH0132
PULAU PINANG0125
PERAK0269
SELANGOR1 (1)2,139
NEGERI SEMBILAN01,032
MELAKA0259
JOHOR1 (1)747
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH1411
SARAWAK0681
W.P. KUALA LUMPUR6 (3)2,513
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN022
JUMLAH KESELURUHAN9 (5)9,103

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


4 kes tempatan dan 5 kes import dilaporkan hari ini.

 Tiada kes warganegara dikesan daripada 4 kes tempatan.


Image

Image

Image

Image

Image
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED