Translate

27 November 2017

Video Mas Idayu bergaduh dengan penyanyi Soimah Pancawati yang menjadi viral adalah video lama


Itu video tiga tahun lalu - Mas Idayu

Oleh MOHD. HAIKAL ISA
26 November 2017 11:53 AM
KOSMO




Foto menunjukkan Mas Idayu bergaduh yang tular di media-media sosial




KUALA LUMPUR - Selepas video penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memarahi peserta program realiti Indonesia, D’Academy Asia, Baby Shima tular minggu lalu, timbul pula video dirinya bergaduh dengan penyanyi Soimah Pancawati yang mendapat perhatian netizen.


Menjelaskan kepada Kosmo! sebentar tadi melalui aplikasi WhatsApp, Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun berkata, sedutan video tersebut diambil daripada program sama tiga tahun yang lalu.


“Itu bukan yang terbaharu, itu video program sama tiga tahun lalu. Saya tahu kerana saya yang duduk di kerusi itu sebagai juri.

“Biarlah orang nak komen apa pun. Kalau kita layan, memang tidak jalan kerja kita. Sejujurnya, dalam satu hal untuk rating sesebuah program, saya juga memainkan peranan sebagai juri. Insya-Allah, satu hari nanti jika ada artis Malaysia diundang untuk menjadi juri, mereka akan tahu cara D’Academy Asia beraksi,” kata pelantun lagu Senggol Senggolan Cubit Cubitan itu.

Sejak semalam, video tersebut mendapat perkongsian ramai di laman sosial terutama di Facebook. Ironi, walaupun tajuk berbunyi ‘Mas Idayu bergaduh dengan Soimah di D’Academy Asia – sungguh memalukan’, video tersebut hanyalah gimik atau permainan program tersebut dan bukanlah serius seperti yang disangka. - K! ONLINE

KOSMO

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 7 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 7 hrs 47 mins ago