Translate

27 November 2017

Rahsia Kurus Ifa Raziah




Elak Makan Makanan Pejal Bukan Sedut Lemak

..
Selebriti Ifa Raziah, 42, menyangkal dakwaan dan kecaman netizen yang mengatakan dia menjalani proses menyedut lemak bagi mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang.
Memetik laporan Harian Metro, Ifa berkata dia memang pernah terfikir untuk menjalani proses tersebut namun dia melupakan hasrat itu selepas mendapat nasihat daripada doktor.
"Memang saya pernah merancang berbuat begitu ketika berat badan saya naik mendadak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, selepas mendapatkan nasihat doktor, saya tidak digalakkan untuk melakukan prosedur itu.
"Jadi, kepada yang menuduh saya menjalani proses membuang lemak, iya memang saya ada merancang tapi saya tidak melakukannya,” katanya.
Katanya lagi, pengalaman mengalami beberapa masalah kesihatan dan berat badan naik mendadak beberapa bulan lalu membuatkan dia kini semakin peka mengenai penjagaan kesihatan.
Selain lebih berhati-hati dalam pemakanan dia juga mengamalkan diet air dengan cara tidak memakan makanan pejal sebaliknya hanya minum air dan mengambil sup.
"Bagi memastikan berat badan saya turun, saya menjalankan diet air.
"Jadi, saya cuba untuk tidak mengambil makanan pejal dan hanya minum air. Pada peringkat awal, memang sangat sukar, tapi itu yang berkesan," katanya.
Hasilnya dalam tempoh dua bulan, Ifa berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram (kg).
Daripada berat 71kg, kini turun kepada 59kg,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 4 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 25 mins ago
A visitor from New york viewed 'U.S. President Donald Trump told his Philippine co' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from California viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 2 hrs 44 mins ago