Translate

25 November 2017

Senarai Pemenang Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (Akifma 2017)

Kumpulan Media Star Raih 3 Trofi Akifma 2017


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/11/25/14/19/akifma1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Dari kiri: Shazryn Mohd Faizal, Angelin Yeoh dan Mumtaj Begum. Foto: SHAARI CHEMAT.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Kumpulan Media Star meraih tiga trofi di Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (Akifma 2017) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan di Hotel Park Royal, malam Jumaat.
Wartawan sambilan mStar Online, Shazryn Mohd Faizal memenangi kategori Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem menerusi laporan berjudul Estetika Tinggi Dari U-Wei Dalam Hanyut yang diterbitkan pada 29 November 2016.
Manakala, wartawan The Star iaitu Mumtaj Begum menerusi artikel A Pioneer In Filmmaking merangkul kategori Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Cetak).
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/24/kumpulan-star-ungguli-akifma/~/media/2b2e307474974727a23daf168a813f5d.ashx?la=en

Angelin dan Mumtaj bersama rakan sekerja.
Sementara itu, Angelin Yeoh dari penerbitan akhbar yang sama dipilih memenangi Anugerah Wartawan Hiburan Muda.
Dalam pada itu, Anugerah Tokoh Wartawan Hiburan 2017 diberikan kepada bekas Presiden, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) iaitu Fauziah Rauf.
Pemilihan Fauziah berdasarkan sumbangan besarnya dalam dunia seni dan hiburan sepanjang bergelar wartawan dan pemilik syarikat penerbitan majalah iaitu Nilly Publicatios pada tahun 1990-an.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/24/kumpulan-star-ungguli-akifma/~/media/a718aa6b77a1444e8790eeaf7e9630ba.ashx?la=en

Barisan tenaga kerja di mStar Online.
Selain itu, Kumpulan NSTP membawa pulang tiga trofi iaitu Anugerah Penulis Pojok Terbaik (Raja Nurfatimah), Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik (Adam Salleh) dan Anugerah Kewartawanan Cemerlang (Rozdan Mazalan).
Pada majlis sama, Kumpulan Utusan memenangi dua trofi iaitu Anugerah Khas Juri 1 yang dimenangi oleh Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo) dan Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1 dimenangi oleh Abd Aziz Itar.
Wartawan program terbitan Astro iaitu Syazwan Zakariah memenangi dua kategori iaitu Anugerah Khas Juri 1 dan Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen).
Senarai penuh pemenang Akifma 2017:
1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik - Raja Nurfatimah Mawar (Berita Harian)
2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda - Angelin (The Star)
3. Anugerah Khas Juri 1 - Syazwan Zakariah (Hlive)
4. Anugerah Khas Juri 2 - Tengku Suzana Raja Hamad (Kosmo)
5. Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem - Shazryn Mohd Faizal (Wartawan sambilan mStar Online)
6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik - Adam Salleh (Harian Metro)
7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Baharu) - Elrafaei Sapi (Rojak Daily)
8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik  (Televisyen) - Syazwan Zakariah (Astro)
9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Media Cetak) - Mumtaj Begum (The Star)
10. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1 - Abd Aziz Itar (Utusan Malaysia)
11. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2 - Rozdan Mazalan (Berita Harian)
12. Tokoh Wartwawan Hiburan 2017 - Fauziah Rauf

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/24/kumpulan-star-ungguli-akifma/#7Qtc6D7m6eKZvky0.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED