PELAKON Nabila Huda menasihati bintang baharu agar tidak terlalu cepat berpuas hati dengan populariti yang mereka kecapi.
Nabila, 33, berkata dia sudah melalui zaman 'jatuh bangun' sebagai anak seni dan berharap mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberi.
"Saya bermula dari bawah untuk sampai ke tahap ini dan melalui perjalanan berliku sebagai anak seni.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/20/nabila-huda-pesan/~/media/b325183219e54ba29ebbe64036e8e945.ashx?la=en
Nabila mengakui pengalaman mampu mematangkan setiap pelakon. Foto: THE STAR/ CHAN TAK KONG.
"Bila tengok pelakon baharu yang terlalu berbangga dan menunjuk dengan populariti segera yang mereka terima, pesan saya berhati-hatilah.
"Sekarang adalah waktu mengembangkan bakat dan karier, kutip lebih banyak pengalaman dan jangan cepat seronok dengan apa yang dicapai," katanya kepada mStar Online.
Nabila ditemui pada tayangan perdana filem Rempit Sampai Langit di MM Cineplexes eCurve di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Selain Nabila Huda, filem tersebut turut dibintangi oleh Ajak Shiro, Reen Rahim, Cristina Suzanne dan Tauke Jambu.
Filem arahan pengarah Silver dan diterbitkan oleh Suhan Movies itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 November ini.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/20/nabila-huda-pesan/~/media/ecc8ab5106274a3a9162d4c6d4a25861.ashx?la=en
Nabila Huda bersama barisan pelakon filem Rempit Sampai Langit.
Sementara itu, Nabila mendedahkan ada juga pelakon baharu meminta dia berkongsi ilmu tentang industri.
"Ada yang bertanya kepada saya mengenai ilmu lakonan dan berminat untuk mengetahui tentang industri seni.
"Cara itu saya suka sebab kita boleh berkongsi pandangan dan idea," katanya.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/20/nabila-huda-pesan/~/media/935db0f93f0045a7accbff097a465f0f.ashx?la=en
Nabila puas hati kerana sudah berjaya membawa pelbagai watak dalam drama dan filem. Foto: THE STAR/ IBRAHIM MOHTAR.
Menyebut mengenai karier lakonan, Nabila berkata dia mahu berehat sebentar daripada menerima tawaran drama yang memerlukan penggambaran yang panjang.
Pelakon filem Munafik ini mengakui keletihan selepas menjayakan drama 100 episod berjudul Dendam Aurora.
"Habis sahaja shooting drama tersebut, saya fikir nak berehat dahulu daripada mengambil tawaran lakonan drama bersiri yang memerlukan komitmen masa yang panjang.
"Alhamdulillah, penggambaran sudah selesai dan sekarang nak bercuti bersama keluarga dulu," katanya.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/20/nabila-huda-pesan/#TwmAJlVDwgCOTdP2.99