Wak atau nama sebenarnya,Mohd Azwan Md Nor memuat naik sambutan hari lahir ke-37 semalam bersama Malika di laman Instagramnya dengan kapsyen romantis dan intim.
“Saya kenal dia sudah agak lama cuma jarang berjumpa kerana tinggal di negara berbeza.
“Doakan jodoh saya sampai dan cepat mendirikan rumah tangga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Sebelum ini, Wak pernah dikaitkan dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim dan dilaporkan sempat bertunang pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Namun begitu, sekitar Oktober tahun sama, pasangan itu dikatakan telah berpisah apabila masing-masing memadam gambar berdua daripada laman sosial Instagram mereka. - K! ONLINE

Read more http://www.kosmo.com.my/negara/kekasih-baharu-wak-doyok-seorang-model-indonesia-1.559052