Translate

08 November 2017

Maria Farida lega apabila kes saman malu terhadap ahli perniagaan kosmetik, Hadijah Mohamed Mokthar berpihak kepadanya


"Saya Lega Selepas Dua Tahun Hidup Terganggu" - Maria Farida

..
Pelakon jelita Datin Maria Farida, 48, lega apabila kes saman malu terhadap ahli perniagaan kosmetik, Hadijah Mohamed Mokthar berpihak kepadanya di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, semalam.
Memetik laporan Utusan, Maria memfailkan tuntutan saman pada tahun 2015 atas dakwaan memfitnah, ugutan dan mengganggu kehidupan peribadinya.
Hadijah yang merupakan bekas isteri suaminya, Datuk Rahman Shakur didakwa berterusan melemparkan fitnah memalukan dirinya di laman sosial semenjak aktres itu mendirikan rumah tangga.
"Saya tidak boleh berkongsi berapa tuntutan yang pihak di sebelah sana perlu bayar sebagai ganti rugi kepada saya. Kena tunggu kertas kerja dari pihak guaman siap baru boleh tahu lebih lanjut.
“Alhamdulillah, keputusan mahkamah tadi benar-benar buat hati saya lega. Saya harap selepas ini dia tidak lagi mengganggu kehidupan harian saya,” katanya.
“Dua tahun saya hidup dalam keadaan terganggu dan kini saya berasa sangat lega,” katanya lagi. -

Malaysian DIgest

MARIA FARIDA memuat naik foto beserta kapsyen yang menggambarkan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED